Tiket Final Piala Malaysia Habis, Penyokong Kedah Mengamuk

Berlaku Kekecohan di kaunter jualan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Darulaman hari ini selepas kira-kira 1,000 penyokong berhimpun di hadapan pintu masuk Stadium Darul Aman bagi melahirkan rasa kecewa apabila gagal mendapatkan tiket perlawanan akhir di antara Kedah menentang JDT di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Difahamkan kesilapan tanggapan mengenai jumlah sebenar tiket final Piala Malaysia yang dijual di kaunter menyebabkan berlakunya kekecohan apabila tiket habis dijual tidak sampai sejam.

Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Tiket dan Pintu Masuk Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Shaharol Niza Omar menjelaskan daripada keseluruhan 30,000 tiket yang diperuntukkan oleh Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP), hampir 10,000 tiket sahaja dibawa untuk dijual di kaunter kepada penyokong skuad Helang Merah.

Katanya, selebihnya sudah diperuntukkan kepada tempahan secara berkumpulan membabitkan lebih 400 bas dengan Shaharol mengesahkan semua tiket perlawanan sememangnya untuk penyokong Kedah sahaja.

Gambar kredit: Kedah FA

“Mungkin penyampaian maklumat yang kurang tepat menyebabkan penyokong beranggapan 30,000 tiket dijual di kaunter hari ini namun sebenarnya kami hanya memperuntukkan hampir 10,000 tiket saja memandangkan selebihnya untuk permohonan berkumpulan, kelab gabungan, pemain, Exco KFA dan penaja.

“Kami juga memanggil wakil kelab penyokong untuk memantau penjualan tiket bagi memastikan ia berjalan lancar. Dengan jualan tiket membabitkan hampir 10,000 tiket, munasabah ia habis dijual dalam tempoh 45 minit,” katanya kepada berita harian

Shaharol berusaha memastikan setiap penyokong yang membuat tempahan berkumpulan mendapat tiket mereka.

“Jika mereka mempersoalkan kenapa peruntukan tidak diberikan kepada penyokong, tempahan berkumpulan semuanya adalah untuk penyokong Kedah juga. Kami mahu memudahkan mereka yang menaiki bas untuk perjalanan yang selamat dan selesa.

“Apa pun, saya meminta maaf atas kelemahan dan kecuaian KFA. Kami menghargai penyokong yang sudah beratur sejak semalam tapi gagal mendapatkan tiket kerana tiket untuk jualan di kaunter sememangnya terhad,” katanya di pejabatnya di sini, sebentar tadi.

Kaunter tiket yang mula dibuka jam 9 pagi sudah dipenuhi oleh ribuan penyokong Kedah dan ada yang sudah bermalam sejak jam 8 malam tadi namun ada yang pulang kecewa selepas tidak berjaya mendapatkan tiket.

Sementara itu, tinjauan di laman sosial menyaksikan rata-rata penyokong kedah mahukan penjelasan mengenai jualan tiket yang dilihat habis terlalu cepat tidak seperti perlawanan akhir sebelum ini.

Seorang penyokong kedah yang bernama Mohamad Fadzilah turut mempersoalkan ketelusan pihak pengurusan Kedah FA dalam mengagihkan jumlah tiket perlawanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN