Paul Scholes: “Skuad Mourinho Tiada Kebolehan Bermain Secara Menyerang”

Bekas pemain tengah Manchester United Paul Scholes (gambar bawah) mendakwa skuad Manchester United di bawah kendalian Jose Mourinho tidak mempunyai kebolehan untuk beraksi dengan corak permainan menyerang.

Kenyataan daripada Scholes ini bukanlah satu kenyataan yang mengejutkan, mengambil kira Mourinho yang mempunyai reputasi gemar mengarahkan pasukan kendaliannya bermain dengan corak bertahan.

(Photo by Nathan Stirk/Getty Images)

Di sebalik reputasi tersebut, Jose Mourinho turut memiliki rekod cemerlang membantu kelab yang diwakilinya untuk berjaya. Untuk rekod, Manchester United berada di tangga ke-2 EPL selepas 10 perlawanan musim ini.

Menurut Scholes, Manchester united sudah tidak memenangi kejuaraan EPL selama 4 musim, ini bermakna corak permainan sudah menjadi tidak penting asalkan United bersaing dan mampu memenangi kejuaraan.

(Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

Scholes dipetik sebagai berkata kepada BT Sports:

“Situasi Manchester United pada era ini ialah mereka memerlukan seorang pengurus yang mampu membawa pasukan memenangi perlawanan, ini diikuti dengan memenangi trofi. Seterusnya ialah untuk mencabar kejuaraan liga.”

“Selepas 4 tahun ketandusan kejuaraan liga, kelab ini tidak berada di posisi untuk menentukan corak permainan apa mereka mahu tampilkan.”

(Photo by Paul Jenkins/Action Plus via Getty Images)

“Semua orang sudah tentu menggemari corak permainan menyerang secara bertali arus. Namun saya berpendapat pasukan ini tidak mempunyai kebolehan beraksi sedemikian.”

“Saya juga berpendapat sememangnya demikian kaedah yang diterapkan oleh Jose Mourinho.”

“Perkara pertama yang kita perlu tahu ialah Mourinho adalah seorang jurulatih yang mengamalkan corak permainan bertahan. Jika beliau mahukan taktikal untuk tidak membenarkan lawan mempamerkan corak permainan mereka dan menang, maka Mourinho akan melakukannya.”

“Kita harus terima corak bola sepak yang dibawa oleh Mourinho. Beberapa buah kelab telah berjaya melakukannya bersama Mourinho, dan beliau membuktikan dirinya boleh berjaya dengan cara sedemikian.”

“Manchester United harus mencabar kejuaraan liga. Untuk 4 tahun kebelakangan ini, mereka gagal berbuat demikian. Kini United mulai memenangi banyak perlawanan- okay, ia memang bukan bola sepak yang menarik untuk ditonton.”

“Tetapi saya gembira mereka mulai memenangi banyak perlawanan. United berada di tangga kedua liga dan akan mencabar kejuaraan pada musim ini. Selepas apa yang dilalui selama 4 tahun, kini tiba untuk letakkan falsafah keluar tingkap buat sementara.”

“Ia hanya mengenai kemenangan. Ia harus untuk memenangi kejuaraan liga. Mungkin kerana itulah Mourinho tidak akan kekal lama bersama sesebuah kelab.”

(Photo credit should read OLI SCARFF/AFP/Getty Images)

Scholes turut mengandaikan kaedah yang digunakan oleh Mourinho menyebabkan pengendali berusia 54 tahun itu tidak pernah kekal lama di sesebuah kelab.

“Mourinho tiba di United dan mengubah cara mereka bermain. Tujuannya ialah untuk memenangi perlawanan. Mungkin dengan cara yang kurang kita gemari, namun Mourinho berjaya memberi kemenangan.”

“Sekarang ini, United hanya perlukan kemenangan untuk membenarkan mereka mencabar kejuaraan liga dan memenanginya. Selepas itu terpulang kepada pihak kelab sama ada mahu bermain seperti Barcelona atau pun Real Madrid.”

Manchester United’s Chris Smalling (left) stretches with Wayne Rooney as manager Jose Mourinho (right) look on during the training session at the AON Complex, Manchester. (Photo by Martin Rickett/PA Images via Getty Images)

“Kehendak dan perubahan yang dipinta oleh kelab ini biasanya tidak sesuai dengan Mourinho, menyebabkan beliau akan pergi.”

Manchester United menunjukkan corak permainan menyerang yang menghiburkan dalam beberapa perlawanan pada peringkat awal musim. Namun demikian, mereka lebih gemar bermain secara bertahan terutama ketika menentang pasukan yang lebih sukar.

Corak permainan bertahan yang diterapkan oleh Jose Mourinho kini turut mulai dipersoalkan oleh penyokong setia Manchester United di Old Trafford.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN