Tumpaskan Tuan Rumah, Skuad Futsal Negara Mara Ke Final Kejuaraan Futsal AFF 2017

futsal negara

Skuad futsal negara yang dibimbing Chiew Chun Yong berjaya mencipta kejutan apabila menumpaskan tuan rumah, Vietnam 5-1 pada aksi separuh akhir Kejuaraan Futsal AFF 2017 di Stadium Tertutup Phu Tho semalam.

Tumpuan para pemain skuad negara langsung tidak terjejas walaupun terpaksa berhadapan dengan ribuan penyokong setia tuan rumah dan reputasi Vietnam selaku pasukan yang beraksi dalam saingan Piala Dunia Futsal 2016 di Colombia.

Semua itu tidak dijadikan alasan oleh barisan pemain yang diketuai Mohd Khairul Effendy Mohd Bahrin, sebaliknya mereka berjaya memperagakan aksi yang begitu meyakinkan sejak awal permainan.

Aksi pantas skuad negara jerat Vietnam

Empat gol pada babak pertama yang dihasilkan skuad negara menyentap perjuangan Vietnam yang seolah-olah terpukau dengan kepantasan permainan dipamerkan pasukan negara.

Gol pertama negara menjelma pada minit ke-10 menerusi ketua pasukan, Khairul Effendy yang menyudahkan sepakan percuma dihadapan pintu gol Vietnam yang dikawal Nguyen Van Huy.

Jaringan tersebut menyemarakkan api perjuangan skuad negara apabila Khairul Effendy sekali lagi meledakkan jaringan hasil daripada larian solo yang dilakukannya untuk terus merobek gawang Vietnam selang dua minit kemudian.

Kesilapan dari pemain Vietnam, Pham Duc Hoa yang melakukan tolakan lemah kepada rakan sepasukannya berjaya dihukum pemain muda, Mohamad Awalluddin Mat Nawi yang pantas untuk menyambar bola dan seterusnya meluru untuk memperdayakan penjaga gol Vietnam bagi jaringan ketiga skuad negara di minit ke-14.

Awalluddin jaringkan gol ketiga buat skuad futsal negara.

Akmarulnizam Mohd Idris menambah jaringan keempat buat skuad negara seminit kemudian menerusi sepakan ‘placing’ hasil dari serangan balas pantas yang dilakukan.

Syed Aizad Daniel Syed Nasir terus melebarkan penguasaan dengan jaringan ke-5 buat Malaysia yang dihasilkan pada minit ke-35.

Vietnam akhirnya mendapat gol saguhati menerusi Ngo Soc Son di minit ke-36.

Azrul Hadee cemerlang di gawang 

Vietnam turut melancarkan serangan bertali arus ke pintu gol negara terutamanya pada babak kedua menerusi permainan ‘power play’ yang dilakukan sejak bermula babak kedua bagi mendapatkan jaringan.

Namun penjaga gol kebangsaan, Azrul Hadee Mohd Taufiq bertindak cemerlang apabila beberapa kali beliau berjaya mematahkan serangan berbahaya yang dicipta Vietnam.

Tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa Azrul Hadee layak untuk diberikan pengiktirafan sebagai pemain terbaik pada perlawanan ini.

Azrul Hadee bertindak cemerlang menafikan banyak percubaan dari pemain Vietnam.

Menanti skuad futsal negara pada perlawanan akhir ialah juara 12 kali kejohanan, Thailand yang menewaskan Myanmar dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Kredit foto: Asean Football Federation

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN