Liga Super, Piala FA, & Piala Malaysia, Mana Satu Keutamaan Kita?

Seperti yang kita maklum, kini hanya juara Liga Super Malaysia dan juara Piala FA  yang mendapat pengiktirafan daripada FIFA dan AFC untuk layak mewakili Malaysia di peringkat benua Asia.

Kita juga maklum bahawa Piala Sumbangsih ialah saingan pembuka tirai musim baharu Liga Malaysia. Piala Sumbangsih melibatkan perlawanan antara juara bertemu juara.

Di mana-mana negara bola sepak utama, perlawanan pembukaan tirai seperti Piala Sumbangsih akan menemukan juara liga dan juga juara pertandingan Piala FA. Tetapi tidak di Malaysia.

Slot untuk ke perlawanan Piala Sumbangsih diberikan kepada juara liga (hak mutlak) dan juara Piala Malaysia.

Apa yang membingungkan ialah format Piala Sumbangsih itu sendiri. Pengurusan FAM yang terdahulu memberikan pengiktirafan yang terlalu tinggi kepada Piala Malaysia berbanding dengan pengiktirafan kepada juara liga Super dan Piala FA.

Piala Sumbangsih

Piala Sumbangsih pertama kali diwujudkan pada tahun 1984. Piala ini mempertemukan juara Piala Malaysia(PM) dengan juara Liga Perdana(LP) ( Juara Piala Malaysia vs Naib Juara Liga Perdana jika sesebuah pasukan bergelar juara berganda).

Liga Perdana ialah Liga utama Malaysia sebelum wujudnya Liga Super Malaysia.

Format Piala Sumbangsih diubah pertama kali pada tahun 1993 iaitu selepas sembilan tahun kewujudan pertandingan tersebut. Format baharu Piala Sumbangsih melibatkan pertemuan juara Piala Malaysia menentang Juara Piala FA. (Juara PM vs Naib juara Piala FA jika juara PM ialah juara Piala FA).

Pada waktu ini jelas menunjukkan bahawa pengurusan FAM secara terang-terangan menidakkan prestij juara Liga Perdana yang merupakan juara utama Liga Malaysia, sekaligus meletakkan standard trofi tersebut di belakang Piala Malaysia dan Piala FA.

Perubahan kali ke-3 format Piala Sumbangsih telah dilakukan pada tahun 2001. Pada tahun tersebut, FAM sekali lagi melakukan perubahan.

Namun perubahan tersebut tetap memilih juara Piala Malaysia menentang juara Liga Super Malaysia.

Ringkasan daripada perubahan demi perubahan yang dilakukan oleh pengurusan FAM yang lama, ia telag menjurus kepada kekeliruan terhadap prestij trofi-trofi kejuaraan yang ada di Malaysia.

Tindakan FAM yang mengutamakan trofi Piala Malaysia berbanding trofi kejohanan Liga Super telah mendorong pengurusan kelab-kelab bola sepak mengutamakan pertandingan Piala Malaysia berbanding dengan  Liga Super Malaysia.

Peranan piala dan pertandingan

Piala Malaysia tidak menyumbang sebarang rangking mata MA AFC yang dapat meningkatkan standard Liga Malaysia di peringkat Asia.

Sebaliknya, Liga Super dan Piala FA memberikan slot automatik buat kelab Malaysia beraksi di Piala AFC, seterusnya membantu usaha kelab Malaysia untuk memungut mata MA AFC bagi dinaikkan taraf ke saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Bukan menidakkan piala warisan negara. Piala Malaysia adalah piala tradisi yang bernilai pada mata rakyat Malaysia tetapi tidak di peringkat antarabangsa.

Oleh itu, saya berpendapat kini sudah tiba masanya pengurusan baharu FAM merombak semula format Piala Sumbangsih sepertimana yang sepatutnya, mengikut norma dan amalan di negara lain.

Piala Sumbangsih sepatutnya merupakan saingan di antara juara Liga Super Malaysia menentang juara Piala FA kerana kedua-dua pemenang ini wajar diangkat martabatnya selaku pasukan yang akan mewakili negara ke peringkat antarabangsa.

Mana satu keutamaan kita?

Sudah tiba masanya persepsi dan pendapat penyokong bola sepak dan sasaran kelab-kelab bola sepak di Malaysia diubah. Sasaran utama harus kepada dua buah kejohanan utama tersebut berbanding dengan trofi Piala Malaysia.

Untuk rekod, saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) merupakan liga asing yang mempunyai paling ramai peminat di Malaysia. Tirai saingan EPL dimulai dengan perlawanan dua jaguh bola sepak Inggeris merebut Perisai komuniti (Community Shield).

Dalam perlawanan Perisai Komuniti, juara Liga Perdana Inggeris akan menentang Juara Piala FA. Jika juara Piala FA juga merupakan juara Liga Perdana Inggeris, saingan Perisai Komuniti akan melibatkan perlawanan di antara Juara Liga Perdana Inggeris menentang naib juara Liga Perdana Inggeris (mengetepikan naib juara Piala FA).

Juara akan memenangi perisai komuniti yang dianggap simbolik juara mutlak di dalam bola sepak Inggeris.

Peminat bola sepak Malaysia telah lama didedahkan dengan format dan konsep bola sepak antarabangsa terutama EPL yang melibatkan saingan trofi Juara Liga Perdana Inggeris, Piala FA dan Piala Carabao (EFL cup/ Piala Liga Inggeris).

(Photo by John Peters/Man Utd via Getty Images)

Namun mengapakah pengetahuan tentang prestij piala tersebut masih lagi tidak dapat diadaptasikan ke dalam saingan bola sepak tempatan?

Mengapakah sehingga ke hari ini, para pencinta bola sepak tempatan masih lagi mengagung-agungakan Piala Malaysia berbanding dengan piala yang lain?

Cadangan penambahbaikkan

Tidak salah jika FAM masih ingin mengekalkan sejarah dan nilai warisan Piala Malaysia. Namun FAM perlu mengubah semula formatnya agar mendapat pengiktirafan daripada FIFA dan AFC.

Sebagai contoh, FAM boleh mengorbankan saingan Piala FA, dan menggabungkannya dengan saingan Piala Malaysia.

Liga Super

Pasukan yang layak bertanding di Piala FA dan Piala Malaysia disatukankan untuk menjadikannya lebih kompetitif, namun format perlawanan mestilah mengikut format Piala FA dan waktu pertandingannya dipanjangkan lagi.

Dengan itu, martabat Piala Malaysia masih lagi dapat dikekalkan seperti mana Copa Del Rey di Sepanyol yang juga dikenali sebagai Piala Raja Sepanyol; melibatkan empat divisyen liga Sepanyol serta menggunakan format pusingan kalah mati.

Di Sepanyol hanya terdapat dua saingan utama yang paling kompetitif iaitu saingan La Liga dan juga Copa Del Rey selain Super Copa de Espana iaitu Piala Sumbangsih versi Sepanyol ( Juara La Liga vs Juara Copa del Rey).

Kesimpulan

Kita mahu saingan domestik kita maju dan berdaya saing. Apa salahnya kita meniru mereka yang sememangnya lebih baik daripada kita?

Apa pendapat anda? Nyatakan pandangan anda di ruangan komen. Kami mahu mendengarnya daripada anda.

 

Nota Editor: Artikel ini merupakan hasil tulisan penulis bebas Hairi Mohd yang merupakan peminat bola sepak tanah air. Jika anda mahu artikel anda dibaca oleh jutaan rakyat Malaysia, hantar artikel 300 patah perkataan anda dalam format MS Word ke [email protected] .

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN