Piala Dunia Bawah-17: Bingkisan Sejarah Penganjurannya

Kelmarin, England menewaskan Sepanyol dalam saingan akhir Piala Dunia Bawah-17 edisi 2017. England bangkit menewaskan Sepanyol biarpun ketinggalan dua gol pada separuh masa pertama.

Rhian Brewster dinobatkan selaku pemenang anugerah kasut emas. Beliau menyumbangkan 8 gol untuk England sepanjang kempen kali ini.

Golden Ball menjadi milik Philip Foden dari England. Gelaran Golden Glove diraih Gabriel Brazao dari Brazil. Brazil yang merangkul tempat ketiga juga diberikan anugerah Fair Play.

Inspirasi dari Singapura

Pasti akan ada yang bertanya, dari manakah ilham untuk menganjurkan kejohanan ini? Marilah kita bersama melewati sedikit latar belakang kejohanan ini.

FIFA mendapat ilham menganjurkan kejohanan ini kerana melihat manfaat kewujudkan Lion City Cup. Kejohanan Lion City Cup ini merupakan anjuran oleh FA Singapura. Kejohanan ini membantu pembangunan bakat-bakat muda dalam sukan bola sepak.

Juara sulung U-16 World Championship, Nigeria. Sumber: FIFA.

Atas cadangan Setiausaha Agung (dan kemudiannya Presiden) FIFA, Sepp Blatter, organisasi itu mengambil keputusan membentuk U-16 World Championship. China menjadi tuan rumah pertama pada 1985 dan Nigeria menjadi juara.

Edisi 1985, 1987 dan 1989 menyaksikan kejohanan ini dilabelkan sebagai U-16. Edisi ini juga disertai oleh 16 pasukan.

Perubahan

Ghana juara edisi 1991 di Itali. Sumber: FIFA

Namun mulai edisi pada 1991 di Itali, FIFA mengorak langkah dengan meningkatkan had umur kepada bawah-17. Tetapi, bilangan pasukan masih kekal pada angka 16.

Kejohanan ini dianjurkan selang dua tahun. Boleh dikatakan kesemua konferedasi benua sudah merasai menjadi hos kejohanan ini. New Zealand juga menjadi hos pada 1999.

Pada 2007, FIFA bertindak mengubah nama kepada U-17 World Cup. Mereka juga menambah bilangan negara peserta kepada 24.

Kejayaan

Switzerland meraih kejayaan pada 2009. Sumber: FIFA.

Sudah 17 kali kejohanan ini dianjurkan dan 9 negara sudah menjuarainya. Nigeria menjadi juara terbanyak sebanyak 5 kali iaitu pada 1985, 1993, 2007, 2013 dan 2015.

Brazil merangkul kejuaraan sebanyak 3 kali pada 1997, 1999 dan 2003. Ghana dan Mexico masing-masing dua kali.

Soviet Union, Arab Saudi dan Perancis pernah memenanginya sekali. Begitu juga Perancis dan juara terkini, England.

Ramai pemain terkenal dunia diasuh melalui kejohanan ini. Nama-nama seperti Landon Donovan, Cesc Fabregas, Toni Kroos serta terkini Kelechi Ihenacho merupakan pemain yang pernah beraksi dalam kejohanan ini.

Adakah suatu hari nanti akan ada bintang dari Malaysia (atau kena-mengena dengan Malaysia) bakal beraksi dalam kejohanan ini? Semoga program pembangunan akar umbi dapat menjana hasil yang lumayan!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN