Nicky Byrne: Beralih Profesion Dari Penjaga Gol Kepada Penyanyi

Bagi yang pernah mengikuti boyband yang popular pada penghujung 90-an dan awal 2000-an pasti pernah mendengar nama Westlife. Mereka dikenali dengan pelbagai lagu seperti Swear It Again, If I Let You Go, My Love dan banyak lagi.

Mereka ini pernah menjadi kegilaan gadis serata dunia kerana kemerduan suara serta ketampanan mereka!

Tetapi tahukah anda bahawa salah seorang ahli Westlife merupakan bekas pemain bola sepak? Beliau yang dimaksudkan ialah Nicky Byrne.

Sayangnya, Westlife telah dibubarkan pada 2012!

Karier bersama Leeds

Nicky sewaktu bersama Leeds United.

Pada tahun 1995, Nicky menandatangani kontrak bersama Leeds United sebagai penjaga gol. Beliau antara skuad Leeds United yang memenangi FA Youth Cup pada 1997.

Pada ketika itu, mereka menewaskan Crystal Palace melalui agregat 3-1. Antara pemain yang bersama skuad muda Leeds ialah Paul Robinson, Harry Kewell, Alan Smith dan Jonathan Woodgate.

Namun, sudah suratan jodoh Nicky Byrne bersama Leeds tidak lama. Beliau pulang ke Dublin, Ireland dan membuka pusat karaoke bersama ayahnya.

Beliau mencuba nasib dalam satu ujibakat dan berjaya menyertai Westlife.

Rezeki melimpah ruah

Namanya mula dikenali bersama anggota Westlife lain. Namun begitu, beliau dikatakan agak kurang dikenali berbanding Shane Filan, vokalis utama Westlife.

Asalnya Shane Filan, Kian Egan dan Mark Feehily merupakan anggota IOYOU. Kemudian Nicky Byrne dan seorang lagi ahli, Brian McFadden bergabung bersama mereka untuk membentuk Westlife.

Westlife pernah mempunyai 26 lagu yang menduduki tangga 10 teratas carta muzik British. Walaupun dikenali seantero dunia, mereka tidak dapat menembusi pasaran Amerika Syarikat.

Selepas Westlife berkubur

Meskipun kumpulan itu berkubur, Nicky meneruskan karier dalam bidang nyanyian. Tahun lalu, beliau menjadi wakil Republik Ireland untuk pertandingan nyanyian tahunan Eropah, Eurovision.

Beliau juga pernah muncul dalam perlawanan amal bola sepak. Antara perlawanan yang beliau pernah beraksi iaitu Celtic Legends Charity Match. Beliau sebenarnya seorang penyokong Celtic.

Nicky juga pernah menjaringkan gol ketika beraksi untuk perlawanan amal Soccer Aid pada 2014.

Kesimpulannya, sekiranya kita tidak dapat meneruskan karier dalam satu bidang, sedarlah ia bukanlah kegagalan. Mungkin kita ada sesuatu perkara yang boleh dijadikan punca rezeki.

Hanya usaha dan kerja keras dapat menjulang kejayaan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN