Liga Indonesia hari ini dikejutkan dengan kematian penjaga gol pasukan Persela Lamongan, Choirul Huda, selepas bertembungan dengan rakan sepasukan ketika sedang bermain dalam perlawanan Liga 1 Indonesia menentang pasukan Semen Padang petang tadi.
Penjaga gol yang berusia 38 tahun itu rebah ketika minit-minit akhir pada separuh masa pertama. Choirul Huda difahamkan bertembung dengan rakan sepasukan, Ramon Rodrigues ketika mahu menyelamatkan bola daripada penyerang Semen Padang, Marcel Sacramento.
Menerusi rakaman video kejadian, kaki Rodrigues dilihat terkena pada bahagian dada Choirul. Beliau kemudiannya diberikan rawatan kecemasan sebelum sebuah ambulans tiba untuk membawanya ke hospital.
Selepas perlawanan tamat, jurulatih Persela, Aji Santoso mengesahkan Huda telah meninggal dunia. Beliau disahkan meninggal dunia pada pukul 5.15 petang, di Hospital Lamongan.
“Dia dibawa ke hospital dalam keadaan masih bernyawa, tapi sudah tidak bernyawa lebih kurang jam 5.00 petang,” kata salah seorang doktor yang merawat Choirul Huda, Dr Zaki Mubarok.
“Menurut analisis kami, ia disebabkan oleh pelanggaran di kepala dan bahagian belakang leher.” jelasnya.
Aji Santoso berkata pasukannya bergegas ke hospital selepas tamat perlawanan untuk memberikan penghormatan terakhir kepada penjaga gol mereka.
Choirul Huda menyertai Persela Lamongan pada tahun 1999 dan mempunyai lebih 500 penampilan bersama kelab tersebut.
Innalillahi wainnailaihi rojiun
Selamat jalan Choirul HudaSemoga dosa diampuni dan amal diterima Allah SWT
Semoga…Posted by Persela Football on Sunday, October 15, 2017