Piala Dunia B-17: Iran, Jepun Mara Ke Peringkat 16 Pasukan Terakhir

Iran menewaskan Costa Rica dalam saingan terakhir Kumpulan C. Mohammad Ghobeishavi dan Taha Shariati masing-masing menjaringkan 1 gol untuk Iran dalam tempoh 4 minit.

Mohammad Sardari pula menjaringkan gol ketiga Iran pada seminit sebelum tamat masa sebenar.

Jerman bergelut atasi Guinea

Nicolas Kuehn menjaringkan gol kedua Jerman itu untuk menyelamatkan maruah. Sebelum itu, Guinea mengikat Jerman, 1-1 pada separuh masa pertama.

Sahverdi Cetin menjaringkan penalti buat Jerman pada minit-minit akhir perlawanan. Jerman mara ke pusingan 16 terbaik sebagai naib juara Kumpulan C. Iran menjadi juara Kumpulan C.

Kumpulan D: Brazil, Sepanyol langkah kanan

Brazil menewaskan Niger untuk menempah slot 16 terbaik. Lincoln menjaringkan gol pertama perlawanan untuk Brazil pada minit ke-4. Pada minit ke-34, Brenner mencetak gol kedua Brazil. Skor 2-0 kekal hingga tamat perlawanan.

Dalam aksi lain Kumpulan D, Moha dan Cesar menjadi hero Sepanyol untuk menewaskan Korea Utara. Moha menjaringkan gol pada minit ke-4. Cesar menambah gol pada minit ke-71. Brazil dan Sepanyol layak kerana menjadi juara dan naib juara kumpulan. Niger mara ke 16 terbaik kerana menduduki tempat ketiga terbaik.

Kumpulan E: New Caledonia curi tumpuan

Jepun diikat New Caledonia 1-1 dalam perlawanan penutup Kumpulan E. Jeno berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-83. Jepun mendahului pada minit ke-7 melalui gol Nakamura.

Perancis bangkit dari ketinggalan 1 gol untuk menewaskan Honduras 5-1. Honduras menjaringkan gol seawal minit ke-10. Alexis Flips menjaringkan dua gol untuk Perancis untuk meranapkan Honduras.

Namun begitu, Perancis, Jepun dan Honduras mara ke-16 terbaik.

Kumpulan F: England kalahkan Iraq

Daniel Loader menewaskan dua kali penjaga gol Iraq untuk membantu England menewaskan Iraq. Iraq tewas kepada England 4 gol tanpa balas. Angel Gomes dan Emile Smith Rowe juga menjaringkan masing-masing satu gol.

Mexico dan Chile terikat tanpa jaringan dalam perlawanan terakhir Kumpulan F. England dan Iraq masing-masing menduduki tangga dua teratas kumpulan. Mexico mara kerana meraih kedudukan tempat ketiga terbaik.

Undian pusingan 16 terbaik

Perlawanan Colombia menentang Jerman serta Amerika Syarikat akan berlangsung pada Isnin, 16 Oktober.

Manakala perlawanan Iran menentang Mexico dan Perancis melawan Sepanyol diadakan pada 17 Oktober. England menentang Jepun turut dilangsungkan pada tarikh yang sama. Begitu juga, Mali bertemu Iraq.

18 Oktober merupakan tarikh bagi pertemuan Ghana menentang Niger serta Brazil menentang Honduras.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN