Gol Sendiri & Kesilapan Individu Mewarnai Perlawanan Perak-JDT Di Ipoh

Perlawanan Perak VS JDT dalam aksi separuh akhir Piala Malaysia untuk musim 2017 memberikan peluang kepada kedua-dua pasukan untuk memperbaiki rekod pertemuan antara 2 pasukan ini.

Untuk rekod, Perak mempunyai penguasaan setiap kali bertemu JDT dalam kancah Piala Malaysia.

Kedua-dua pasukan bertemu sebanyak 2 kali dalam Piala Malaysia iaitu pada musim lalu Perak menang 3-0 di Ipoh dan berjaya seri 1-1 di Larkin.

Ketika itu, kedua-dua pasukan menjadi penghuni kumpulan C bersama-sama PDRM dan juga PKNS FC.

Hadiah dari pasukan lawan

Perlawanan separuh akhir 1 yang dilangsungkan di Stadium Perak itu menyaksikan kedua-dua pasukan memberikan saingan sengit untuk membawa bekalan selesa di perlawanan kedua di Larkin.

Apa yang menarik, gol-gol yang terhasil adalah seakan-akan ‘hadiah’ yang diberikan oleh pemain pertahanan untuk pasukan lawan mereka.

Perak memperoleh gol mereka menerusi kesilapan Hasbullah Abu Bakar yang menampan bola ke gawang sendiri pada separuh masa pertama.

Di separuh masa kedua, kesilapan individu ketua pasukan Perak iaitu Shahrom Kalam memberikan peluang kepada Mohammad Ghaddar untuk menjaringkan gol penyamaan menerusi situasi 1 lawan 1.

Kesilapan Shahrom itu merupakan kesilapan individu yang ketiga yang menjurus ke kepada gol pada musim ini selepas beliau melakukan kesilapan pada perlawanan menentang Selangor dan FELDA United.

Tiada penalti

Perlawanan ini juga menyaksikan pengadil perlawanan tidak berminat untuk memberikan sepakan penalti walaupun terdapat beberapa insiden.

Insiden pemain Perak mendakwa bola terkena tangan pertahanan JDT pada separuh masa kedua, Zaquan Adha dijatuhkan dalam kotak penalti menjadi beberapa insiden yang menjadi persoalan penyokong Perak.

Masih terbuka

Berdasarkan aksi perlawanan di Ipoh, tiada pasukan yang mempunyai penguasaan optimum. Permainan yang ditunjukkan masih lagi seimbang dengan kedua-dua pasukan berjaya menghasilkan peluang-peluang bahaya.

Gambar: JOHOR Southern Tigers

JDT kini punya kelebihan gol di tempat lawan. Jadi tugas berat untuk Perak untuk tidak bolos di Larkin memandangkan mereka merupakan pasukan yang cukup ampuh di sana.

Secara matematiknya, JDT hanya perlu seri 0-0 di Larkin manakala Perak memerlukan keputusan menang atau sekurang-kurangnya seri 2-2 untuk mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia mereka yang pertama sejak 2007.

Keputusan penuh, Perak 1-1 JDT

Kesebelasan utama

Perak: Hafizul Hakim, Shahrom Kalam (ketua pasukan), Thiago Aquino, Amirul Azhan, Nazirul Naim, Kenny Pallraj, Ahmad Khairil Anuar, Nasir Basharuddin, Shahrul Saad, Zaquan Adha, Gilmar Da Silva

JDT: Izham Tarmizi, Hasbullah Abu Bakar (Fazly Mazlan), Fadhli Shas, S. Kunanlan, Junior Eldstal, Safiq Rahim (ketua pasukan), Gary Steven Robbat (Afiq Fazail), Natxo Insa, Mohammad Ghaddar, Gonzalo Cabrera (Safawi Rasid), Gabi Guerra

Pegawai Perlawanan

  • Pengadil: Razlan Jofri Ali
  • Pembantu Pengadil 1: Yusri Mohammad
  • Pembantu Pengadil 2: Khalid Aris
  • Penolong Pembantu Pengadil 1: Ismail Asid
  • Penolong Pembantu Pengadil 2: P. Jeevananthan
  • Pengadil ke-4: Wan Tarmizi Wan Ibrahim

Kepada penyokong-penyokong Perak Darul Ridzuan!

Anda boleh mendapatkan jersi Perak 2017 yang asli (player issue) secara online di laman e-dagang Semuanya BOLA. Klik link di bawah untuk mula membeli:

SBX – Perak 2017
SBX – Perak 2017
SBX – Perak 2017

Dapatkannya cepat-cepat! Ini kerana stok cepat habis!

Mulakan gaya hidup aktif anda bersama SBX, laman e-dagang Semuanya BOLA.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN