The Fighters Perlu Lawan Di Darul Aman, Kedah Tampil Lebih Berdisiplin

The Fighters menentang Lang Merah. Kedua-duanya membuat perhitungan untuk siapa lebih layak untuk ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2017 dalam perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka pada malam ini.

12 pertemuan lalu, menunjukkan rekod seimbang. Masing-masing memenangi 5 perlawanan dan mencatat 2 keputusan seri. Kedah dengan misi untuk layak ke perlawanan akhir ke-3 berturut-turut dalam pertandingan Piala Malaysia.

Manakala Felda United pasti ingin menunjukkan kepada peminat bola sepak tanak air bahawa aspirasi dan cita-cita mereka di dalam kancah bola sepak tanah air adalah sesuatu yang serius.

Dari segi taktikal, Nidzam mempertaruhkan formasi 4-2-3-1 dengan Ken Ilso akan menerajui bahagian serangan. B. Sathianathan memulakan perlawanan dengan formasi 4-3-3 dan sudah pasti Thiago Agusto akan menjadi taruhan untuk memburu gol.

Kedua-dua jurulatih menurunkan kesebelasan utama terbaik. Tiada isu kecederaan melibatkan kedua-dua buah pasukan. Pengadil pada malam ini, Muhammad Rahmat Jantan meniupkan wisel sepak mula perlawanan separuh akhir 1, Piala Malaysia 2017.

Separuh masa pertama

Rentak perlawanan bermula dengan agak perlahan. Kedua-dua pasukan mengambil pendekatan untuk bermain dengan berhati-hati untuk mengelakkan sebarang kesilapan yang boleh dihukum lawan di peringkat awal.

Pada minit ke-7 perlawanan, Ken Ilso tiba-tiba memperolehi peluang satu lawan satu dengan Farizal Harun. Namun penjaga gol Felda itu tenang menampan untuk menafikan Kedah pendahuluan.

Hantaran lintang Rizal Ghazali selepas itu sekali lagi mencari Ken Ilso, dan Farizal sekali lagi menunjukkan pengalaman yang beliau miliki dengan menampan percubaan pemain import dari Denmark itu.

Mini ke-23 perlawanan menyaksikan gerakan berbahaya oleh Ifedayo di sebelah kanan serangan Felda berjaya mengelirukan Fitri Omar.

Pemain import Felda itu kemudian berjaya melarikan bola ke kotak penalti lawan sebelum melepaskan rembatan, namun ditampan kemas oleh Mohd Ifwat.

Baddrol Bakhtiar turut terlepas peluang terbuka apabila tandukannya pada minit ke-25 perlawanan sipi di sebelah kiri gawang lawan.

Kapten pasukan Kedah, Khairul Helmi menjadi pemain pertama dilayangkan kad kuning apabila menjatuhkan Thiago pada minit ke-29 perlawanan.

Photo by Zam Zainal / www.asiana.my

Daniel Amier daripada Felda United menjadi pemain kedua dilayangkan kad kuning selepas kekasaran terhadap Syazwan Zainon.

Kedua-dua pasukan terus mencipta beberapa peluang dalam perlawanan yang boleh kita simpulkan sebagai seimbang pada separuh masa pertama ini.

Namun setiap percubaan oleh kedua-dua pasukan akan berakhir dengan tersasar atau pun diselamatkan oleh aksi Ifwat dan Farizal di hadapan gawang.

Perlawanan separuh masa pertama akhirnya tamat dengan kedudukan terikat dengan jaringan 0-0.

Separuh masa kedua

Separuh masa kedua bermula dan Felda United menunjukkan penguasaan awal dengan beberapa asakan ke arah gawang lawan.

Reaksi Liridon Krasniqi yang cuba menunjukkan rasa tidak puas hati dengan pengadil menyebabkan pengadil perlawanan, melayangkan kad kuning buat pemain itu.

Hantaran lintang pada minit ke-57 oleh Syazwan Zainom menemui Sandro. Namun percubaan first timer penyerang Brazil itu dinafikan sekali lagi oleh Farizal di hadapan gawang.

Percubaan susulan oleh Syazwan turut tersasar selepas itu.

Pemain sayap Kedah, Syazwan Zainon terus memberikan masalah kepada pasukan Felda selepas itu.

Larian ke dalam kotak penalti pada minit ke-59 perlawanan memaksa Safwan Hashim melakukan bentesan, namun gagal melakukannya dengan kemas sehingga menjatuhkan pemain kebangsaan itu.

 

Pengadil tidak teragak-agak memberikan sepakan penalti, dan Sandro tenang memastikan Kedah mendahului 1-0, menewaskan Farizal dengan tendangan deras ke arah kanan gawang lawan.

Felda United terus cuba melakukan ancaman untuk memburu gol penyamaan. Namun barisan pertahanan Kedah yang kerap dikritik sebelum ini wajar dipuji kerana lebih berdisplin ketika bertahan sebagai satu unit.

Di sebalik persembahan yang lebih baik daripada barisan pertahanan Kedah, kegagalan Mohd Ifwat untuk menepis sepakan penjuru Felda United mengundang padah apabila ia memberi ruang untuk Muhammad Hadin Hazwan untuk menanduk masuk gol penyamaan untuk Felda United.

Kedudukan semasa di Jengka Felda United 1-1 Kedah FA. Kedua-dua pasukan terus mengatur beberapa gerakan menarik selepas itu untuk mencari tambahan gol untuk di bawa ke Alor Star.

3 minit masa tambahan yang diberikan oleh pengadil perlawanan, namun kedudukan kekal Felda Utd 1-1 Kedah FA, dan Stadium Darul Aman akan menjadi medan untuk menentukan siapakah yang lebih layak untuk ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2017.

Felda United: Farizal Harun(PG), Dino Djulbic, Thiago, Zah Rahan, Wan Zack Haikal, Shukor Adan(K), Ifedayo Olusegun (Hadin Azman), Safwan Hashim (Wan Amirul), Mohd Alif, Curran Lawrence, Daniel Amier (Norshahrul).

Kedah FA: Mohd Ifwat(PG), Fitri Omar, Zac Anderson, Baddrol, Liridon, Ken Ilso (Farhan Roslan), Sandro, Khairul Helmi(K), Rizal Ghazali, Amirul Hasyim, Syazwan Zainon (Syafiq Ahmad),

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN