Di Sebalik Kejayaan Bournemouth (Bahagian Dua), Penyokong Tubuhkan Skim Cherryshare

Anda mungkin sudah membaca artikel terdahulu kami mengenai bagaimana penyokong The Cherries berikhtiar untuk menyelamatkan kelab mereka sewaktu krisis tahun 1997. Kini kami akan berkongsi dengan anda apa yang berlaku pada tahun-tahun berikutnya kepada kelab ini.

Baca Bahagian Satu Disini: Kisah Di Sebalik Kejayaan AFC Bournemouth (Bahagian Satu)

Cabaran pada tahun-tahun mendatang sememangnya lebih berat buat mereka.

b2

Pada bulan April tahun 2001, pasukan AFC Bournemouth telah berpindah secara sementara ke Donchester Avenue Stadium sementara menunggu stadium baru mereka siap dibina di Dean Court.

Mereka pulang semula ke Dean Court pada bulan November dengan penuh bergaya selepas berjaya menewaskan Wrexham 3-0 pada perlawanan pertama mereka di stadium baru tersebut, namun terpaksa menamatkan musim itu dengan tersingkir ke divisyen ke-3.

Dan pada musim seterusnya, masalah kewangan kembali menghantui mereka dan mereka terpaksa mengemis sekali lagi dengan melancarkan kempen “Selamatkan Stadium Kami (Save Our Stadium)”. Penyokong kelab selatan England itu diminta untuk mengumpul dana sebanyak £2 juta dalam masa 8 minggu demi mengelakkan stadium baru mereka dilelong oleh pihak bank.

b

Pengerusi kelab AFC Bournemouth yang baru dilantik ketika itu, Peter Philips telah melancarkan Cherryshare, sebuah inisiatif yang membolehkan para peminat membeli syer saham dalam kelab.

Walaupun usaha itu hanya mampu mengumpulkan kira-kira £700,000 sahaja, ia sudah cukup untuk membuatkan pihak pemaju stadium mereka bersetuju untuk mengalah dan memberikan mereka hak stadium itu kepada mereka.

Sungguhpun demikian, masalah jangka masa panjang kelab itu masih belum selesai. Hal ini kerana dana yang hanya dijana oleh kelab melalui hasil jualan tiket dan pemain adalah amat kecil dan tidak cukup untuk menampung perbelanjaan dan pengurusan kelab.

Namun, apa yang positif adalah selama 90 minit dalam setiap minggu, masalah kewangan kelab acap kali dilupakan ekoran persembahan baik mereka di peringkat liga.

Pada hari terakhir mereka di Divisyen ke-3, mereka menamatkannnya dengan gemilang sewaktu perlawanan play-off di Millenium Stadium di Cardiff. Perlawanan itu menyaksikan mereka mengatasi Lincoln City 5-2 dan melayakkan mereka kembali bermain di Divisyen ke-2.

b2

Kemenangan itu bukan sekadar simbol kejayaan mereka bermain dengan baik sepanjang musim, ia juga menjadi bukti bahawa walaupun kelab itu daif dan papa kedana dari segi keewangan, mereka mampu melakar kejayaan yang besar.

Sungguhpun demikian, derita mereka tidak berkahir di situ. Pada tahun 2004, syarikat Bristol and West Investments PLC telah mengusulkan untuk melakukan ambil alih stadium sekali lagi kerana mereka menanggung beban hutang sebanyak £300,000.

Oleh kerana tiada jutawan ataupun billionaire yang muncul untuk membeli kelab mereka pada masa tersebut, para penyokong skuad The Cherries sekali lagi dipaksa untuk menyelamatkan kelab dengan melancarkan Cherryshare II.

b3

Namun, apa yang menarik menganai Cherryshare II adalah ia satu bentuk pengumpulan dana (fundraising) secara konsisten. Ia sebenarnya bukan sahaja penyelesaian jangka masa pendek, malah ia menjadi satu-satunya faktor penting dalam menjaga kelangsungan kelab mereka di masa hadapan.

Pada asalnya, idea Cherryshare II ini mendapat tentangan dari sebahagian peminat, namun masalah beban hutang yang tertunggak sekian lama ini benar-benar serius untuk diselesaikan. Lebih teruk lagi, syarikat yang menuntut hutang tersebut sudah mengemukanan petisyen bayaran balik kepada kelab dan mengheret masalah ini ke Mahkamah Tinggi England.

Hanya dua bulan selepas petisyen itu dikemukakan, kelab AFC Bournemouth telah berunding dengan syarikat Structadene dan mereka akhirnya terpaksa menjual stadium mereka pada bulan Disember.

b1

Hutang mereka pada masa tersebut yang berjumlah £7 juta itu telah berjaya menyusut kepada £2.24 juta hasil penjualan stadium. Namun, mereka terpaksa menanggung kos sewa stadium dan terpaksa merana untuk beberapa tahun seterusnya demi menarik penaja baru dan lebih dana demi menjamin kestabilan keewangan kelab.

Tak cukup dengan itu,pada bulan Februari tahun 2008 datang pula perbadanan cukai England (dikenali sebagai Her Majesty Revenue and Customs) yang mengarahkan mereka membayar hutang tertunggak sebanyak £4 juta. Masalah itu menyebabkan mereka didenda turun liga dan di tolak 10 mata.

Sebenarnya, hanya prestasi cemerlang di atas padang yang menjadi nafas kepada kelab ini. Walaupun memulakan kempen 2008/2009 dengan mata -17 (ya, negatif 17 !), bekas pemain mereka, Eddie Howe telah pulang ke kelab yang disokongnya sejak dia kecil sebagai pengurus, berjaya mengemudi kelab dengan baik demi memastikan mereka berjaya untuk terus berada dalam kancah saingan liga divisyen dua.

b3

Masalah kewangan mereka terus berlanjutan apabila mereka apabila mereka sekali lagi diganggu oleh perbadanan cukai England (HRMC) pada tahun 2010.

Masalah itu menyaksikan Eddie Howe terpaksa melalui keseluruhan kempen liga dengan skuad yang ‘lusuh’ kerana kelab AFC Bournemouth menghadapi hukuman embargo pemain (larangan membeli pemain baru). Ajaibnya, mereka berjaya mara ke liga divisyen satu pada penghujung musim.

Ia memang menduka citakan apabila Eddie Howe dan pembantunya, Jason Tindall meninggalkan kelab pada tahun 2011 untuk menguruskan kelab Burnley.

Namun ,momentum kejayaan yang dibawa oleh bekas anak didik Howe ini hampir-hampir melayakkan diri mereka ke liga kejuaraan (Championship League), sebelum mereka tewas kepada Huddersfield dalam penentuan sepakan penalti sewaktu perlawanan play-off.

b5

Namunm kelihatan cahaya harapan di penghujung terowong derita penyokong The Cherries pada musim 2011/2012 apabila jutawan Russia, Max Demin menjadi salah seorang pemegang saham kelab mereka. Pelaburan wang Max Demin dan kembalinya duo Eddie Howe dan Jason Tindall untuk berkhidmat untuk AFC Bournemouth membuahkan hasil apabila mereka berjaya layak ke liga kejuaraan pada musim 2012/2013.

b4

Kebangkitan mereka tidak berhenti di situ, pada musim 2014/2015 mereka telah mengesahkan kemaraan ke liga perdana Inggeris (EPL) buat kali pertama.

b6

Musim 2014/2015 adalah musim paling berjaya dalam lipatan sejarah berliku AFC Bournemouth. Dan bagi penyokong setia skuad The Cherries, kejayaan musim ini adalah sangat-sangat manis setelah mereka melaui pahit getir selama hampir 20 tahun.

Memetik kata Eddie Howe, watak penting dalam kebangkitan kelab ini dalam beberapa musim yang lalu, “Kami merasakannya perjalanan musim ini seperti perjalanan menaiki roller coster, tapi ia sangat mengujakan”.

“Apa yang tidak pernah berubah dalam kelab AFC Bournemouth adalah penyokong-penyokong setia yang tetap bersama kami sewaktu senang dan susah. Kini, mereka diberikan ganjaran untuk menyaksikan pasukan mereka di tahap yang tertinggi”.

Setelah hampir dua dekad yang meresahkan bagi penyokong setia skuad The Cherries, kini mereka tidak perlu lagi gusar ; sama ada mereka akan tersingkir liga, adakah badan cukai akan kembali mengganggu kelab mereka, atau adakah mereka akan beraksi di stadium mereka sendiri. Episod kesusahan mereka kini sudah sampai ke penghujungnya.

b7

Dari derma kilat sehingga penubuhan trust fund, dari trust fund ke skim Cherryshare I dan II , penjualan stadium baru dan akhirnya dibeli oleh jutawan Russia, pasukan AFC Bournemouth telah menjadi salah satu simbol survival kelab menentang masalah kewangan di England.

Selepas itu para penyokong mereka mampu tidur dengan lebih lena, bermimpikan perlawanan sengit menentang Arsenal, Manchester ataupun Chelsea dalam kancah Liga Perdana Inggeris. Pasukan yang pernah mereka selamatkan dari ambang pembubaran dulu, kini bakal beraksi di pentas bola sepak yang akan disaksikan di seluruh dunia.

Oh ya, tahukan anda bahawa terdapat beberapa orang pemain Malaysia yang pernah mencuba nasib untuk beraksi bersama Bournemouth pada suatu masa dahulu?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN