Quantcast

KAJIAN & FAKTA

5 Pemain Import Pilihan Kami vs Tottenham Hotspurs (Dan Mengapa)

Tahniah penyokong bola sepak Malaysia! Anda berjaya melakukan apa yang agak mustahil dilakukan sebelum ini – mengubah keputusan FAM!

Jika sebelum ini Tottenham Hotspurs dijadualkan bertemu dengan pasukan kebangsaan Malaysia. Hasil kempen #SayNoToCircusGame, kini Spurs dijadualkan akan menentang Pilihan Malaysia XI. Sebanyak 5 pemain import yang bermain di liga tempatan boleh dipanggil bermain dalam pasukan Pilihan Malaysia XI.

Siapa 5 pemain import pilihan kami?

Sebelum kami memilih 5 pemain import untuk Pilihan Malaysia XI, kami merasakan perlunya kami mengkaji taktikal Tottenham Hotspurs supaya kami dapat memilih 5 pemain sesuai untuk mengeksploit kelemahan mereka.

Dalam bab ke-3 buku ‘The Art of War’ karangan Sun Tzu, beliau menyebut:

If you know others and know yourself, you will not be imperiled in a hundred battles; if you do not know others but know yourself, you win one and lose one; if you do not know others and do not know yourself, you will be imperiled in every single battle

Dalam erti kata lain, Sun Tzu menulis untuk menang – kita perlu mengenalpasti kelemahan dan kekuatan pasukan kita dan pasukan lawan.

Bagaimana Tottenham Hotspurs bermain?

Spurs - Football tactics and formations

Di bawah kendalian Mauricio Pochettino, Spurs bermain dalam formasi 4-2-3-1, gemar melakukan high pressing dan merancang serangan daripada bawah.

Spurs menyerang melalui kreativiti inverted wingers (pemain sayap berkaki kiri di sayap kanan dan sebaliknya) dan larian sokongan daripada bek kiri dan kanan. Untuk melindungi pertahanan yang aktif menyerang, Spurs menggunakan double pivot (gandingan dua pemain tengah). Double pivot kegemaran Pochettino adalah Nabil Bentaleb (ball winning midfielder) dan Ryan Mason (box-to-box midfielder).

Dihadapan double pivot ini , Christian Eriksen akan beroperasi sebagai classic no.10 – attacking midfielder yang bertindak sebagai fulkrum serangan kepada 3 penyerang dihadapannya – 2 inverted wingers dan 1 penyerang.

Spurs dijangka akan memperoleh penguasaan bola yang tinggi ketika menentang Pilihan Malaysia XI nanti (dah tentulah). Apabila Spurs menentang pasukan yang mengamalkan deep defending, salah seorang pertahanan tengah mereka (selalunya Jan Vertongen) digalakkan membawa bola ke zon midfield.

Disebalik potensi serangan Spurs, mereka agak goyah kepada serangan balas yang laju.

Bagaimana Pilihan Malaysia XI akan bermain?

Kami menjangkakan Dollah Salleh tidak akan berganjak daripada taktikal biasa yang beliau gunakan ketika kempen AFF Suzuki 2014. Dalam formasi 4-4-2, Dollah gemar menyerang dengan transisi yang laju – dengan menggunakan hantaran jauh.

2 penyerang Dollah diharap untuk merebut bola daripada hantaran jauh ini dan menngekalkan penguasaan bola sehingga ketibaan pemain sayap. Dua pemain tengah akan membantu penyerang dan pertahanan.

Bek kiri dan kanan akan bermain lebih ortodoks – jarang menyokong pemain sayap mereka dalam serangan dan lebih defensif. Pertahanan tengah Dollah pula terbahagi kepada dua tugas – stopper dan last man. Kebiasaannya, stopper akan keluar untuk menghentikan serangan dari tengah manakala last man akan membantu stopper dari belakang.

Kelemahan ketara pasukan Dollah adalah ketiadaan penyerang yang boleh menang perebutan bola 50-50 dan ketiadaan stopper (selain Shukor Adan) yang berkaliber. Dua pemain tengah Dollah juga kerap dibayangi (outrun and outnumbered) oleh pemain tengah lawan ketika diserang.

Kriteria pemilihan pemain

Kriteria yang kami kenakan dalam pemilihan ini adalah:

  • Bukan pemain JDT dan Pahang kerana kedua-dua pasukan terlibat dalam saingan pusingan kalah mati Piala AFC 2015 pada 26 dan 27 Mei 2015.
  • Sesuai dengan corak taktikal yang diterapkan oleh Dollah Salleh.

Okey. Cukup dengan taktikal. Siapa 5 pemain pilihan kami?

1. Paulo Rangel (Terengganu)

22713_1118518728177232_6775415922264982273_n

Antara salah seorang penyerang paling lengkap dalam Liga Super, Rangel mampu melakukan beroperasi secara berseorangan di hadapan dan menghubungkan jentera tengah dengan serangan sebaik kebolehannya menjaringkan gol.

Pernah menyuarakan keinginannya untuk menyarung jersi Malaysia secara terbuka, Rangel adalah calon wajib atas prestasi konsistennya selama 3 tahun di Liga Super.

Kami menjangkakan Dollah akan tetap memainkan seorang penyerang tempatan dan calon kegemarannya adalah Norshahrul Idlan Talaha. Dengan Rangel di hadapannya, Norshahrul mempunyai target man yang serasi dengannya (mereka beraksi bersama di Terengganu) dan mampu bersaing merebut bola di udara dengan pertahanan tengah.

Liga Super dan Perdana turut mempunyai penyerang import berkualiti yang lain, tetapi kami memilih Rangel kerana konsistensi dan keserasian beliau dengan penyerang tempatan yang hampir pasti akan dipilih oleh Dollah Salleh (iaitu Norshahrul).

Calon lain: Dramane Traore (PDRM), Makeche Ndumba (FELDA United), Billy Mehmet (Sarawak), Gilmar (Kelantan)

2. Ali Ashfaq (PDRM)

11174679_396989243826042_1289596047040272430_o

Muncul antara pemain import paling menyerlah sejak 2014, Ali Ashfaq memberikan apa yang PDRM perlukan di bahagian serangan – mobiliti, dinamisme dan kelajuan.

Mampu bermain sebagai penyerang tunggal dan penyerang kedua, Ashfaq adalah penyerang yang gemar turun ke zon tengah untuk mengutip bola sebelum memulakan larian direct yang bertenaga ke arah pertahanan lawan – sesuai dengan taktik Dollah yang direct.

Kami berbelah bahagi sama ada untuk memilih Ashfaq atau Austin Amutu (Kelantan). Kedua-duanya adalah pemain sempurna untuk berpasangan dengan target man seperti Rangel – laju, direct dan mempunyai kualiti teknikal yang baik.

Akhirnya kami memilih Ashfaq kerana keserasian beliau dengan pemain tempatan dan corak permainan Dollah yang direct. Kami ingin memilih Amutu kerana kualiti fizikalnya memandangkan penyerang pasukan pilihan Malaysia XI akan bertemu dengan Younes Kanoul, Vlad Chiriches, Jan Vertonghen, Eric Dier dan Federico Fazio – kesemuanya mempunyai ketinggian 6 kaki ke atas.

Tetapi dalam bola sepak, keserasian antara pemain dan taktik jurulatih sama penting dengan kualiti pemain itu sendiri.

Calon lain: Austin Amutu (Kelantan), Chidi Edeh (Kedah), Guilherme (Selangor), Erwin Carillo (Kelantan)

3. Mohamadou Soumareh (PDRM)

11206818_396989910492642_4560924949671713820_o

Memandangkan pemain sayap kanan yang biasanya dipilih Dollah (Amri Yahyah, Azamuddin Akil) terlibat dalam kempen Piala AFC 2015, kami merasakan perlunya Dollah melihat pemain import yang boleh mengisi posisi ini.

Calon yang jelas adalah antara Andik Vermansyah (Selangor), Mohamadou Sumareh dan Issey Nakajima-Farran (Terengganu).

Perlu diingat, sayap kanan Pilihan Malaysia XI akan cuba dirantai oleh sama ada Danny Rose atau Ben Davies – dua bek kiri yang laju dan tidak segan bermain secara fizikal dan rajin menyerang. Ini bermakna pemain sayap kanan Pilihan Malaysia XI perlu juga rajin melakukan larian tracking back dan mendominasi fizikal Rose dan Davies.

Andik mungkin laju dan berskil, tetapi adakah beliau mampu mendominasi fizikal bek kiri Spurs? Issey pula baru tiba di liga tempatan pada April lepas. Jadi kami memilih Mohamadou Sumareh untuk mengisi slot pemain sayap kanan Pilihan Malaysia XI.

Calon lain: Andik Vermansyah (Selangor), Issey Nakajima-Farran (Terengganu), Austin Amutu (Kelantan)

Baca juga: 5 Perkara Menarik Anda Perlu Tahu Tentang Issey Nakajima-Farran

4. Liridon Krasniqi (Kedah)

11174629_956593137706497_1164598516327951159_o

Penglibatan Safiq Rahim dalam Piala AFC 2015 dan penurunan prestasi semasa Badhri Radzi bermakna Dollah perlu beralih kepada kreativiti pemain tengah import.

Dollah tidak berselindung apabila menyatakan minatnya dengan khidmat Nam Kung Woong (Perak) untuk disenaraikan dalam pasukannya. Bermula sebagai attacking midfielder di Kedah, Nam Kung Woong bagaimanapun diletakkan sebagai penyerang utama Perak, di hadapan Chad Souza ketika kemenangan 2-1 Perak ke atas Selangor.

Satu lagi alternatif bagi Dollah adalah pemain tengah Albania yang kini menjadi pemain kegemaran penyokong Kedah, Liridon Krasniqi. Mempunyai kemahiran teknikal yang tinggi dan paling penting – mempunyai physical presence di tengah dengan ketinggian 1.88 meter.

Menentang pemain tengah Spurs seperti Nabil Bentaleb, Etienne Capoue, Moussa Dembele, Ryan Mason dan Benjamin Stambouli – kehadiran Krasniqi mampu memastikan jentera tengah Dollah mampu mematahkan goal kick penjaga gol Spurs dan mengekalkan bola di kawasan Spurs.

Calon lain: Nam Kung Woong (Perak), Zah Rahan Krangar (FELDA United), Gustavo Lopez (Terengganu), Sadriddin Abdullaev (T-Team)

5. Robert Cornwaithe (Selangor)

10494838_423235887852305_7471033406506373244_n

Dollah pernah mencuba Afiq Amiruddin, Muslim Ahmad, dan Fadhli Shas sebagai stopper tetapi kesemua mereka masih dibayangi persembahan Shukor Adan sebagai stopper ketika kempen AFF Suzuki 2014 lepas.

Kami mempertimbangkan antara Robert Cornthwaite, Thiago Aquino (Perak), Vincent Bikana (Terengganu) dan Onoriode Kughegbe (PDRM) – kesemuanya beraksi sebagai stopper di pasukan masing-masing.

Seperti Dollah, kami memilih Robert Cornthwaite sebagai pemain import ke-5 Pilihan Malaysia XI. Berbanding majoriti pertahanan tengah lain, Cornthwaite memberi calming presence kepada barisan pertahanan – lebih suka menggunakan kemahirannya membaca perlawanan daripada bertarung secara fizikal dengan penyerang lawan.

Cornthwaite bukanlah jenis pertahanan yang memberi silly fouls di hadapan kubunya. Dijangka bergandingan dengan Muslim Ahmad yang lebih agresif, Cornthwaite mampu memberi ketenangan kepada barisan pertahanan Pilihan Malaysia XI.

Calon lain: Thiago Aquino (Perak), Vincent Bikana (Terengganu), Jonathan McKain (Kelantan)

 

[gravityform id=”6″ title=”true” description=”true”]

 

Baca juga: Kisah Di Sebalik Kejayaan AFC Bournemouth Bahagian 1 dan Bahagian 2

 

Sumber: Terengganu FA, PDRM FA, Robert Cornwaithe FB Page, Kedah FA

LIKE dan FOLLOW SemuanyaBola di Facebook serta Twitter