5 Perkara Menarik Anda Perlu Tahu Tentang Issey Nakajima-Farran

Selepas kontrak Hassan Chaito ditamatkan kerana mengalami kecederaan panjang, Terengganu giat mencari pengganti baru sehingga meminta bantuan penyokong Terengganu di Facebook page mereka untuk memberikan cadangan nama pemain import kuota Asia. Unik.

Calon utama mereka adalah pemain kelahiran Portugal yang kini mewakili Timor Leste, Jaime Braganca. Tetapi ketika perlawanan persahabatan menentang Kuantan FC (Terengganu kalah 2-3), persembahan Braganca diselar oleh Kelab Penyokong Bola Sepak Negeri Terengganu (PETEH) yang menyaksikan perlawanan tersebut.

Kredit perlu diberikan kepada Terengganu kerana mengambil kira pandangan penyokong mereka. Jaime Braganca kemudiannya digantikan oleh Issey Nakajima-Farran.

Sekarang kami berikan anda 5 perkara menarik yang perlu anda tahu tentang pemain kacukan Kanada-Jepun yang sudah bermain di lebih dari 7 kelab dari 4 benua yang berlainan.

1. Denmark adalah negara kegemarannya

Karier bola sepak membawanya ke lebih dari 10 buah kelab, 7 buah negara dan 4 benua berbeza (jika anda merasakan Australia lebih Oceania daripada Asia). Tanpa berselindung, Issey Nakajima-Farran memberitahu pengalamannya tinggal dan bermain di Denmark adalah yang paling beliau suka.

Di Denmark, saya mula berminat secara serius dengan seni rekaan dalaman. Kos hidup di sana sangat mahal, jadi rakyat Denmark sentiasa mempunyai minat mendalam terhadap rekaan dalaman dan perabot rumah.

Rumah pemain muda di sana pun mempunyai meja untuk 6-8 orang, sesuatu yang janggal apabila anda tinggal di Asia dimana rumah anda biasanya sangat minimalis dan hanya menjadi tempat anda untuk tidur sahaja.

Jadi saya mula membeli perabot dari IKEA dan saya bawa ke mana-mana sahaja tempat saya berpindah. Kemudian, saya hias rumah saya cantik-cantik seperti rumah orang Denmark.

2. Bakatnya tidak dihargai di Australia…

hoi

Selepas 5 tahun bermain di liga Denmark, beliau berhijrah ke Australia. Bermain di A-League untuk Brisbane Roar yang ketika itu dikendalikan oleh Ange Postecoglou  yang merupakan ketua jurulatih pasukan kebangsaan Australia ketika ini, beliau pernah dituduh sebagai ‘softy’ oleh bekas penjaga gol Brisbane Roar, Scott Higgins kerana sering jatuh selepas dikasari.

Higgins kerap mengutuknya di Twitter tetapi kredit buat Issey; beliau tidak bertindak balas.

Selepas semusim bermain, nama beliau kemudiannya diketepikan oleh Postecoglou dalam senarai 25 pemain kejohanan AFC Champions League 2006. Ketika itu, beliau tahu kariernya bersama Brisbane Roar sudah hampir ke penghujung.

3.  …tetapi beliau dijulang sebagai lagenda di Toronto FC dalam Major League Soccer

hoi1

Issey Nakajima-Farran hanya memerlukan 7 perlawanan untuk memenangi hati penyokong Toronto FC. Pada perlawanan ke-2 beliau menjaringkan 1 gol dalam kemenangan 2-0 menentang Columbus Crew. Dua perlawanan berikutnya, beliau menjaringkan gol saguhati dalam kekalahan 1-2 kepada FC Dallas.

Apabila beliau menjaringkan penalti terakhir yang menbawa Toronto FC ke final Voyaguers Cup, nama beliau dijulang sebaris dengan Jermaine Defoe dan Michael Bradley.

Baca: Mengapa Menyalahkan Kegagalan Penyerang Tempatan Atas Polisi Pemain Import Adalah Idea Bodoh

4. Ketika di Toronto FC, beliau menjadi mangsa sistem perpindahan pemain MLS

Seperti sukan besbol dan bola keranjang di Amerika Syarikat, Major League Soccer juga membolehkan seseorang pemain ditukar suka sama suka dengan pemain dari pasukan lain.

Dalam kes ini, dua hari selepas beliau meraikan kejayaan Toronto FC mara ke final Voyaguers Cup, Issey Nakajima-Farran ditukar dengan pemain Montreal Impact, Collen Warner. Beliau masuk ke Montreal Impact, Collen Warner masuk ke Toronto FC.

Lebih kejam lagi, berita pertukaran itu diketahui oleh Issey pada hari ulang tahun kelahirannya.

Beliau segera meluahkan perasaannya ke Twitter dan menaip hashtag #inhumane (tak berperikemanusiaan) di sebelah MLS. Beliau kemudiannya mengkritik sistem perpindahan pemain MLS yang disifatkannya sebagai tak sesuai dilaksanakan dalam sukan bola sepak.

Paling mengecewakan penyokong Toronto FC, Collen Warner yang dibawa masuk hasil pertukaran tidaklah sehebat Issey.

hoi2

hoi3

hoi4

5. Oh yeah, beliau seorang lelaki Renaissance.

Selain pandai bermain bola sepak, beliau juga pandai melukis di atas kanvas. Lebih bagus lagi, beliau mempunyai perniagaan sendiri yang menjual hasil seninya. Tema utama hasil lukisannya adalah bola sepak. Respect! Kami mesti dapatkan lukisannya untuk dinding pejabat kami!

Hasil seni beliau boleh dilihat dan dibeli (dan dikagumi) di laman web rasmi beliau: http://www.isseyart.com/

HARIMAU MALAYA!!!

Nota editor: Kami difahamkan Issey Nakajima-Farran mengisi kuota pemain import Asia di Terengganu tetapi beliau sudah pun mempunyai senior caps bersama pasukan kebangsaan Kanada. Ada sesiapa boleh jelaskan kekeliruan ini?

Baca: Kenali Import Terbaru JDT: Alhaji Kamara 

Like page SemuanyaBOLA di Facebook.

Follow Twitter kami di @semuanyabola.

Sumber: Terengganu FB Official, Reddit, Cronica Futebolistica, FoxSports AU, Twitter

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN