Kelab Barcelona telah mengisytiharkan bahawa mereka akan menutup segala urusan mereka pada hari ini. Ianya sebagai solidariti kepada pejuang kemerdekaan Catalonia.
Barcelona menyelar tindakan polis yang mengasari puak pemisah yang berhimpun secara aman untuk mengundi dalam referendum tesebut.
Dalam kenyataan rasmi mereka semalam, Barcelona juga memberitahu segala aktiviti bola sepak termasuk latihan oleh pasukan utama, remaja akan dihentikan sementara.
Puak pejuang pro kemerdekaan Catalonia semalam telah mengadakan undian untuk referendum Catalonia. Pihak pemisah telah bertembung dengan pihak polis.
Perlawanan di antara Barcelona dan Las Palmas pada hujung minggu lalu dilangsungkan dalam stadium tertutup. Ramai penyokong menunggu di luar stadium termasuk penyokong dari luar Sepanyol mahu menyaksikan perlawanan itu.
Namun pihak keselamatan stadium tidak mahu mengambil sebarang risiko dan memutuskan perlawanan tersebut adalah tertutup.
Pep Guardiola menyelar pihak pengurusan Barcelona yang meneruskan perlawanan tersebut. Ini kerana, pihak Barcelona dianggap lebih mementingkan 3 mata daripada keselamatan penyokong yang ada di luar.
Barcelona seharusnya mengumumkan perlawanan itu dibatalkan lebih awal supaya penyokong tidak datang ke stadium.
Barcelona berpotensi hilang 3 mata jika perlawanan tersebut dibatalkan. Guardiola berkata:
“Jika saya pemain, saya tidak akan bermain menentang Las Palmas, tidak sama sekali. Dan jika mahu perlawanan ini diteruskan, pastikan penyokong di luar itu masuk ke dalam stadium.”
Sumber
Irish Examiner – http://www.irishexaminer.com/breakingnews/sport/barcelona-to-join-catalonian-strike-tomorrow-club-will-be-closed-and-players-wont-train-808174.html