Carlo Ancelotti Mahu Berehat 10 Bulan, Tutup Telefon Untuk Sebarang Tawaran

Carlo Ancelotti dipecat oleh Bayern Munich minggu lepas selepas kekalahan 3-0 di tangan Paris St. Germain.

Pengendali legenda dari Itali ini dikaitkan dengan banyak jawatan di seluruh dunia. Wakil beliau juga menyatakan yang Ancelotti tidak henti-henti dihubungi sebaik sahaja dipecat.

Beberapa pasukan dikaitkan dengan Ancelotti termasuk Everton dan juga bekas kelab lama beliau, AC Milan. Penyokong Milan mendesak pengurusan Milan untuk mendapatkan beliau.

Ancelotti meninggalkan Milan pada 2009 dan menyertai Chelsea. Ini selepas Milan berhadapan dengan masalah kewangan dan beberapa krisis.

(Photo credit should read CARL DE SOUZA/AFP/Getty Images)

Kini Milan menjadi antara pasukan yang memiliki dana kewangan yang agak besar. Namun begitu, Carlo Ancelotti menyatakan yang beliau akan bercuti panjang untuk baki 10 bulan liga utama Eropah musim ini.

Beliau tidak akan mempertimbangkan sebarang tawaran, apatah lagi mahu menggantikan Ronald Koeman di Goodison Park. Ancelotti bercakap kepada wartawan Sky Italia:

“Untuk baki 10 bulan musim ini, saya mahu berehat, saya tidak akan melatih atau menguruskan mana-mana pasukan.”

Wartawan meminta komen beliau tentang situasi yang membawa kepada pemecatan beliau di Bayern. Ini selepas CEO Bayern menyatakan ada 5 pemain bintang yang tidak sukakan Ancelotti.

Rummenigge memberitahu 3 pemain telah bertemu dengan beliau secara tertutup dan meminta Ancelotti dan jurulatih kecergasan, Giovani Mauri dipecat. Mereka ialah, Neuer, Muller dan Jerome Boateng.

Ancelotti enggan menjawab soalan itu dan beliau berkata:

“Saya rasa, diam adalah lebih baik buat masa ini.”

Ancelotti jelas sekali mahu menjaga hubungan beliau dengan penyokong Bayern Munich yang beliau hormati.

Sumber

Mirror – http://www.mirror.co.uk/sport/football/news/carlo-ancelotti-confirms-not-manage-11277096

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN