Analisis Taktikal: Kelantan 2-1 Selangor

Selepas tewas 4 kali berturut-turut (3 daripadanya di halaman sendiri), Kelantan akhirnya menang selepas menewaskan Selangor 2-1 di Kota Bharu semalam.

Selepas mara ke separuh akhir Piala FA, keyakinan pemain Kelantan bertambah baik. Turun menentang Selangor yang sudah mencatat 5 kemenangan berturut-turut, Kelantan menguasai perlawanan dari mula hingga akhir dan layak menang – walaupun mereka sepatutnya menjaringkan lebih daripada 2 gol.

Kesebelasan utama Kelantan

Azraai Khor membuat 3 pertukaran daripada kesebelasan Kelantan yang tewas 1-3 dengan JDT minggu lepas. Zairul Fitree menggantikan Fitri Omar di posisi bek kiri. Wan Zaharulnizam kembali ke pasukan di sayap kiri manakala Erwin Carillo kembali mengetuai jentera serangan selepas pulih dari kecederaan.

Seperti yang dijanjikan Tan Sri Annuar Musa, semua penyerang import Kelantan diturunkan. Dengan kehadiran Carillo yang bergandingan dengan Gilmar, Iwuji diletakkan di sayap kanan.

Selangor vs Kelantan - Football tactics and formations

 

Kesebelasan utama Selangor

Kapten Selangor, Shahrom Kalam bermula dari bangku simpanan dan tempat beliau diisi oleh Rizal Fahmi. Penyerang tempatan tumpuan ketika ini, Afiq Azmi berpasangan dengan Guilherme de Paula (Guilherme) di bahagian serangan.

Taktikal Kelantan

Termasuk artikel ini, sudah 3 kali berturut-turut kami membuat analisis taktikal Kelantan. Dua analisis taktikal Kelantan sebelum ini dilakukan ketika Kelantan kalah dan kami mengkritik taktikal serangan Kelantan yang tiada variasi sehingga kami dituduh bias (against Kelantan).

Di bawah Azraai Khor, Kelantan cenderung untuk menyerang melalui tengah. Amat jarang sekali bagi pemain sayap Kelantan melakukan hantaran silang (crosses) ke dua penyerang mereka di hadapan. Seperti majoriti bek kiri dan kanan di Malaysia, bek kiri dan kanan mereka pula jarang naik membantu serangan.

Dalam perlawanan semalam, Azraai Khor masih menggunakan taktikal sama dalam tiga kekalahannya sebelum ini. Cuma bezanya, kali ini Gilmar dan Carillo melaksanakan taktikal Azraai Khor dengan lebih baik.

Baca juga: Analisis Taktikal Kelantan vs JDT

Gilmar dan Carillo: Gandingan target man dan deep lying forward

Jika jurulatih lain melihat penyerang sebagai penjaring gol dan pemain tengah sebagai pencipta peluang gol, Azraai Khor melihat sebaliknya. Di Kelantan, Azraai Khor melihat penyerang sebagai pencipta peluang gol dan pemain tengah sebagai penjaring gol.

Setiap kali Iwuji dan Wan Zack mendapat bola, perkara pertama yang akan mereka lakukan adalah menghantar bola ke Carillo atau Gilmar. Bermain di kawasan sayap, Iwuji dan Wan Zaharulnizam bermain seperti attacking midfielders berbanding winger. Ketika menyerang, Kelantan dilihat seperti bermain dalam formasi 4-2-2-2.

kelantan005

kelantan004

Kebiasaannya dalam formasi 4-2-2-2, bek kiri dan kanan akan naik membantu serangan untuk mengekalkan width (keluasan) pasukan ketika menyerang dan memberi variasi serangan, tetapi tidak bagi Kelantan. Nik Shahrul dan Zairul Fitree hanya mengehadkan imput serangan mereka melalui deep crosses.

kelantan008

Bagaimana Kelantan menembusi pertahanan Selangor tanpa input daripada kawasan sayap?

Apabila Wan Zaharulnizam dan Iwuji lebih bermain sebagai attacking midfielder daripada winger dan pemain bek kiri dan kanan mereka jarang naik membantu serangan, satu-satunya laluan Kelantan untuk mencipta peluang gol adalah melalui tengah.

Untuk membelah pertahanan Selangor, 4 pemain Kelantan di tengah banyak melakukan pertukaran hantaran 1-2. Gilmar dan Carillo bertindak cemerlang dengan menyimpan bola dan menunggu sehingga ada larian daripada Wan Zaharulnizam dan Iwuji. Gol ofsaid Wan Zaharulnizam adalah contoh terbaik untuk menerangkan logik di sebalik taktikal ini.

Hantaran yang dilakukan Kelantan ketika menyerang di tengah biasanya dilakukan dengan tempo laju sehingga menyukarkan Robert Cornwaithe dan Rizal Fahmi untuk membaca serangan mereka.

Taktikal Selangor

Selangor pula bermain dalam formasi 4-4-2 klasik. Gandingan Guilherme dan Afiq Azmi di bahagian serangan adalah gandingan klasik provider dan finisher. Ketika Afiq sentiasa berada di bahu pertahanan terakhir Kelantan, Guilherme sentiasa turun ke kawasan midfield untuk melancarkan serangan sambil dibantu oleh dua pemain sayap, Andik Vermansyah dan Ahmad Hazwan.

kelantan007

Rutin bertahan semasa sepakan sudut

Topik ini menarik untuk dibincangkan kerana dalam situasi gol pertama Kelantan, adakah anda:

  1. Meletakkan 2 pemain di setiap tiang untuk membantu penjaga gol ketika sepakan sudut. Atau….
  2. Membiarkan tiang gol dan gunakan 2 pemain extra tersebut untuk membantu memotong sepakan out-swinging?

Sudah banyak pasukan yang tidak menjaga tiang untuk bertahan ketika sepakan sudut kerana fokus utama mereka adalah untuk memenangi first contact of the ball selepas lawan mereka mengambil sepakan sudut dan mencipta perangkap ofsaid. Jika lawan mereka berjaya menyambut clearance sekalipun, mereka masih tidak dapat menyerang kawasan gol kerana anda sudah memasang perangkap ofsaid.

Tetapi bagi pasukan yang menjaga tiang ketika lawan mengambil sepakan sudut, fokus utama mereka adalah untuk mengecilkan gol. Cuma masalahnya disebabkan 2 pemain anda sudah menjaga tiang, anda kekurangan pemain untuk memenangi first contact of the ball seperti yang berlaku dalam gol pertama Kelantan.

kelantan002

Kami perhatikan Kelantan juga menjaga tiang untuk bertahan semasa sepakan sudut. 6 pemain Kelantan melakukan man-marking dan 1 pemain melakukan zonal marking.

kelantan001

Gol penyamaan Selangor

Jika ada satu pengajaran penting yang boleh diambil oleh penonton daripada gol pernyamaan Selangor, ia adalah: Jika pasukan anda sedang diserang balas, elakkan melakukan dive tackle terhadap pemain yang laju seperti Andik Vermansyah.

Sebaliknya beri tekanan (closing down)  kepada pemain tersebut, paksa dia menggunakan kaki lemahnya dan tunggu sehingga rakan sepasukan anda turun membantu.

kelantan003

Norfarhan menambah dinamik serangan

Satu pertukaran bijak yang dilakukan Azraai Khor adalah menggantikkan Badhri Radzi dengan Norfarhan. Berbanding Badhri Radzi yang lebih gemar membuat hantaran dan jarang membuat larian ke kawasan serangan, Norfarhan menawarkan sesuatu yang lain buat jentera tengah Kelantan.

Dengan adanya Norfarhan di tengah, Kelantan mempunyai 3 pelari di bahagian tengah. Dalam gol kemenangan Kelantan, larian beliau selepas mendapat hantaran Iwuji adalah satu lagi contoh klasik bagaimana taktikal Azraai Khor berfungsi ketika serangan:

  • Melalui tengah
  • penyerang sebagai pencipta peluang gol dan
  • pemain tengah sebagai penjaring gol.

Dengan K. Gurusamy yang gagal mengikuti larian Norfarhan, pertahanan Selangor terdedah kepada situasi 3v3. Dalam situasi ini, Selangor tiada extra man at the back lagi.

Kesimpulan

Keberanian Azraai Khor membawa keluar passer (Badhri Radzi) dan menggantikannya dengan runner (Norfarhan) membuahkan hasil kepada serangan Kelantan. Selepas 5 perlawanan, adalah jelas Kelantan bermain tanpa 2 pemain sayap, sebaliknya dengan 2 attacking midfielders.

Baca juga: 10 Cara Meraikan Gol Yang Membuatkan Anda Tertanya: Berbaloikah?

LIKE dan FOLLOW SemuanyaBola di Facebook serta Twitter

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN