Jawapan Mourinho Kepada Sorakan Boring, Boring Chelsea

Perlawanan di antara Chelsea dan Arsenal semalam berakhir dengan keputusan seri 0-0. Dengan baki 5 perlawanan, jarak Chelsea dengan pesaing terdekat mereka ialah 10 mata. Chelsea hanya perlukan 5 mata untuk memenagi kejuaraan liga dan ini mungkin menjawab persoalan anda kenapa pemain Chelsea beria-ria meraikan keputusan seri mereka.

Ada beberapa pihak yang mengkritik pemain Chelsea tetapi bagi kami ianya sesuatu yang normal kerana kini kejuaraan seolah-olah sudah menjadi milik mereka (kecuali Chelsea jadi macam Liverpool pada musim lepas).

Pada sidang media semalam, Mourinho memuji keseluruhan skuadnya dan persembahan John Terry dikatakan sebagai yang terbaik sepanjang beliau bermain untuk skuad Mourinho.

Semasa sidang media semalam, Mourinho ditanya mengenai sorakan penyokong Arsenal “Our football is prettier than yours.” Boring, boring Chelsea.” Dan ini jawapan yang diberikan oleh Mourinho:


Betul juga kan? Kalau main lawa tapi tak menang pun payah juga.

Arsene Wenger semalam juga ditanya mengenai layanan yang diterima oleh Fabregas semasa perlawanan. Fabregas di boo sepanjang beraksi di Emirates. Dan ini jawapan Wenger:

Fabregas juga di boo semasa ditukarkan dengan Kurt Zouma pada minit ke-90 tetapi boo tersebut bertukar menjadi tepukan gemuruh oleh sebahagian besar penyokong Arsenal kepada bekas kapten mereka.

Tahukah anda?

Kami baru sahaja siap menghasilkan kedai online kami sendiri. Sila ke shop@semuanyabola untuk mendapatkan barangan bola sepak yang berkualiti.

LIKE dan FOLLOW SemuanyaBola di Facebook serta Twitter

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN