Ulreich Minta Maaf Kerana Kesilapan Teknik Ketika Menepis Bola

Sven Ulreich menjadi sasaran penyokong Bayern Munich selepas gagal beraksi baik yang membuatkan Bayern ‘menyerahkan’ pendahuluan 2 gol mereka.

Ulreich menjadi pilihan utama Ancelotti sejak Manuel Neuer patah kaki. Penyokong Bayern melabel Ulreich sebagai tidak cukup bagus untuk bermain dengan Bayern Munich.

Bayern mendahului menerusi Lewandowski yang menyempurnakan sepakan penalti. Gol kedua Bayern adalah hasil daripada rembatan Robben yang terbias pada kaki Rafinha.

Kesilapan yang menjadi bualan penyokong Bayern ialah pada minit ke-56 apabila Ulreich yang cuba menepis bola sepakan percuma Max Arnold. Tepisan lemah itu membuatkan bola masuk.

Didavi memastikan Wolfsburg mendapat 1 mata daripada Allianz Arena. Ini sekaligus menamatkan rekod buruk selepas tewas semua perlawanan di tempat Bayern sejak 2001.

Ini pula adalah permulaan terburuk Bayern dalam Bundesliga sejak 13 tahun. Mats Hummels megakui mereka berhak dihukum oleh Wolfsburg tetapi tidak menyalahkan Ulreich. Ulreich berkata kepada wartawan selepas perlawanan:

“Saya membuat keputusan yang silap. Bola itu terlepas ‘bergegar’ kuat. Saya ingin menepis bola ke atas melepasi palang. Silap saya adalah tidak menggunakan tangan kedua.”

“Tiada alasan, ia memang jelas kesilapan penjaga gol. Saya minta maaf kepada semua dan pasukan.”

Bayern selepas ini akan berkunjung ke PSG untuk perlawanan UCL. Muller yakin Ulreich akan beraksi baik.

“Sudah tentunya kami risau. Tapi saya kenal Ulle, dia tidak akan bermain dengan tangan gementar lagi di Paris. Satu pasukan menyokong beliau.”

“Jika anda saksikan dia di pusat latihan, anda tidak akan gementar lagi tentang beliau. Saya sudah bermain menentang beliau sejak 12 tahun. Semua orang melakukan kesilapan.”

“Dia bermain sangat baik menentang Schalke tempoh hari dan beberapa musim sebelum ini. Kadangkala ianya memang agak mengganggu bila perkara seperti ini berlaku.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN