John Terry Anggap Tindakan Syarikat Rokok India Jijik!

Bekas kapten England dan juga Chelsea, John Terry kecewa apabil baru mendapat tahu imejnya digunakan oleh sebuah syarikat rokok di India.

Difahamkan, dari sumber Indian Express imej Terry yang dikaburkan itu sudah lama digunakan oleh Syarikat Gold Flake. Satu laporan The Guardians menyatakan imej tersebut wujud sejak 2012 lagi.

Imej itu dihantar kepada badan yang menguruskan kempen anti rokok. Pada awalnya gambar Terry sangat terang namun Pengarah Publisiti Visual syarikat tersebut telah mengambil tindakan dengan mengaburkan imej Terry.

John Terry yang baru mendapat tahu hal itu agak marah dan kesal dengan syarikat Gold Flake dan meluahkan kekecewaan beliau. Wajahnya digunakan dengan tulisan Merokok Membunuh di bawahnya.

Ada juga laporan di India menyatakan Terry sudah menghantar wakil beliau pada 2012 untuk memastikan imejnya tidak digunakan dalam syarikat Gold Flake.

Terry tidak ada kepentingan di dalam syarikat tersebut dan Gold Flake tidak boleh sewenang-wenang menggunakan imej beliau.

Ia melanggar hak imej eksklusif beliau. Dalam muat naik ‘instagram story’ beliau, John Terry menyatakan:

“Menjijikan apabila syarikat Gold Flake menggunakan imej saya pada pek rokok mereka. Saya benci rokok!”

Terry tidak mahu dikaitkan dengan sebarang publisiti yang melibatkan rokok.

John Terry musim ini beraksi untuk Aston Villa selepas mengambil keputusan untuk meninggalkan kelab kesayangan beliau Chelsea. Terry adalah kapten yang paling berjaya di dalam sejarah Chelsea.

Sumber

Goal – http://www.goal.com/en-us/news/i-hate-smoking-john-terry-left-fuming-by-cigarette-company/17rem6xgk4pkp11ciwd0ad3c00

Indian Express – http://indianexpress.com/article/trending/trending-globally/footballer-john-terry-is-disgusted-with-gold-flake-tefor-using-his-image-on-cigarette-packets-again-4855604/

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN