Manchester United Terus Cemerlang, Mourinho Lega Bek Berlima Berfungsi Baik!

Romelu Lukaku menjaringkan gol ke-6 beliau dalam EPL untuk musim ini. Ianya menyamaai pencapaian Louis Saha yang menjaringkan 6 gol bersama United dalam 6 penampilan liga pertama.

Lukaku menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-20 selepas menerima umpanan menarik daripada Ashley Young.

Keputusan yang mengekalkan permulaan baik United dengan 6 perlawanan tanpa kekalahan setakat ini. United berada di tangga ke-2 di belakang City hanya kerana perbezaan jaringan.

Southampton jelas pasukan yang lebih baik di dalam perlawanan ini. Jose Mourinho sendiri mengakui beliau lega kerana berjaya memabawa pulang 3 mata daripada perlawanan sukar ini.

“Kita tidak boleh bermain dalam kualiti tertinggi setiap minggu. Tetap kami berjuang mati-matian. Kami bermain 25 minit dengan baik. Ada pasukan boleh bermain 90 minit seperti 25 minit awal kami tadi. Kami terpaksa bermain dengan 5 pertahanan hari ini.”

“Kami ada 2 peluang untuk membunuh perlawanan tetapi kami gagal lakukannya. Kredit kepada Southampton kerana mereka mencuba bersungguh-sungguh dan mereka memasukkan seorang lagi penyerang untuk bermain lebih ‘direct’.”

“Rata-rata pemain kami hari ini tidak bermain dalam Piala EFL dan saya melihat mereka kurang tajam hari ini. Jadi opsyen kami adalah untuk membawa sebarang mata.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN