Analisis Taktikal: Real Madrid 1-0 Atletico Madrid

Selepas terikat 0-0 di Vincente Calderon Stadium, Real Madrid kembali ke Santiago Bernabéu Stadium untuk perlawanan kedua suku akhir UEFA Champions League.

Recap perlawanan pertama

Atletico Madrid terkenal dengan bentuk kompak (compact shape) mereka dan disiplin setiap pemain (termasuklah penyerang) ketika bertahan. Pada separuh masa pertama, mereka agak pasif. Pressing mereka tidak intensif dan bek kiri dan kanan mereka jarang naik membantu serangan.

Ini mengundang serangan bertalu-talu oleh Real Madrid. Jika tidak kerana kecekapan Jan Oblak, Atletico Madrid tidak akan mempunyai peluang lagi dalam perlawanan kedua.

Pada separuh masa kedua, Atletico lebih agresif. Mereka menggunakan bek kiri dan kanan mereka untuk membuat hantaran lintang ke dalam kotak penalti Real Madrid. Tetapi tiada serangan Atletico yang tidak boleh Sergio Ramos dan Raphael Varane tangani.

Secara ringkasnya, dalam perlawanan ini:

  • Jan Oblak adalah satu-satunya sebab mengapa Atletico masih berpeluang dalam perlawanan ini.
  • Bentuk kompak dalam formasi 4-4-2 Atletico masih lagi dapat dilihat. Ia memaksa Real Madrid menyerang dari kawasan sayap kerana zon tengah padang terlalu padat dengan pemain Atletico.
  • Tetapi, Atletico Madrid tidak lagi melakukan pressing yang agresif sebagaimana yang dapat kita lihat pada musim lepas.
  • Ini bermakna, pertahanan tengah Real Madrid mempunyai masa dan ruang untuk merancang serangan. Disinilah pentingnya ball-playing defender seperti Varane dan Ramos – mereka mampu membuat hantaran jauh sebagus pemain tengah.

Kesebelasan utama

Luka Modric, Karim Benzema dan Gareth Bale terlepas perlawanan ini kerana kecederaan. Manakala Marcelo digantung perlawanan. Ini bermakna, Javier Hernandez, Isco dan Fabio Coentrao akan bermula dari kesebelasan utama. Paling menarik adalah keputusan Ancelotti meletakkan Sergio Ramos di tempat Modric (kami akan terangkan mengapa).

Real Madrid vs Atletico Madrid - Football tactics and formations

Satu-satunya pemain Atletico yang menjalani penggantungan adalah Mario Suarez. Tempat beliau digantikan oleh Tiago. Slot bek kiri yang sebelum ini diisi oleh Guilherme Siqueira diisi oleh Jesus Gamez – bek yang kebiasaannya bermain di kanan. Koke kembali di tengah, jadi slot midfielder kiri diisi oleh pemain muda, Saul Niguez – juga biasanya bermain di tengah.

Fungsi Ronaldo dalam serangan

Tugas Ronaldo agak berlainan kali ini. Jika dalam partnership Ronaldo-Benzema, Benzema akan terlibat dalam build-up play dan Ronaldo berada di kotak penalti. Dalam partnership Ronaldo-Hernandez, Ronaldo pula akan terlibat dalam build-up play dan Hernandez berada di kotak penalti.

Ketika Real mempunyai penguasaan bola, Ronaldo akan berada di kawasan sayap kanan atau kiri. Serangan akan bermula apabila bola sampai ke kakinya. Ronaldo mempunyai kebebasan mutlak untuk merancang serangan Madrid dan ini terbukti dalam perlawanan semalam. Hampir semua gerakan bahaya Real Madrid membabitkan Ronaldo dari kawasan sayap termasuklah gol tunggal perlawanan.

1

2

3

Ketika Real tidak mempunyai penguasaan bola, Ronaldo hanya merayau di belakang Hernandez. Ya ronaldo tidak menyumbang apa-apa ketika Real perlu bertahan, tetapi kreativiti, kelajuan, power (kekuatan fizikal) dan kemahiran menggeleceknya yang tinggi membuatkan beliau sesuai dijadikan outlet hantaran oleh pertahanan dan pemain tengah Real Madrid.

Baca juga: Pengenalan Kepada Taktik Central Winger – Pemain Sayap Di Tengah?

Atletico mengamalkan deep defending

Dengan Ronaldo terlibat dalam build-up play, Real Madrid mampu bertukar mode bertahan ke menyerang sekelip mata. Apa yang diperlukan oleh Ronaldo hanyalah ruang untuk beroperasi. Untuk mengurangkan ruang yang boleh dieksploit Ronaldo, Diego Simeone ada melakukan pertukaran taktikal.

Bermula dengan formasi 4-4-1-1 dengan Griezmann di belakang Madzukic, Simeone kelihatan menukar ke formasi 4-5-1 – memindahkan Griezmann ke sayap kiri pula.

Nota: Perhatikan anak panah merah pada bulatan nombor 7 dan perubahan posisinya apabila perlawanan masuk ke minit 15′ ke atas.

4

Perubahan ini mengurangkan impak Ronaldo tetapi pada masa yang sama, Mandzukic kelihatan terasing dan mudah dikawal oleh Varane dan Pepe. Akibatnya, Atletico langsung tidak menawarkan apa-apa bahaya dalam serangan.

Dan perubahan taktikal ini juga bermakna – Pepe dan Varane mempunyai lebih banyak masa memegang bola. Pakar taktikal, Michael Cox mencadangkan salah seorang daripada mereka untuk keluar membawa bola ala-ala libero seperti Mathias Sammer dan Franco Baresi.

Ramos di midfield?

Satu-satunya kejutan dalam perlawanan ini adalah keputusan Carlo Ancelotti meletakkan Sergio Ramos di posisi yang biasanya diisi oleh Luka Modric.

Ini bukan sahaja menunjukkan ketidakpercayaannya kepada pemain tengah Real Madrid sedia ada seperti Asier Illarramendi, Lucas Silva and Sami Khedira. Malah, ia menakutkan penyokong Real Madrid kerana Ancelotti pernah melakukan perkara sama (meletakkan pertahanan tengah di midfield) semasa El Clasico menentang Barcelona musim lepas, tetapi tidak menjadi.

Ancelotti memanggilkan kesilapan itu sebagai kesilapan terbesar dalam kariernya. Tetapi dalam perlawanan ini, Ramos cemerlang.

Sebab utama mengapa Ramos bermain di midfield adalah untuk mengekalkan dominasi penguasaan bola Real Madrid dalam perlawanan ini. Persoalannya, bagaimana?

Setiap kali penjaga gol Atletico Madrid melakukan goal kick, goal kick tersebut akan diarahkan ke kawasan kiri dan kanan Real Madrid – di mana Mandzukic akan bertarung di udara dengan bek kiri dan kanan yang lebih kecil daripadanya. Goal kick mereka tidak pernah diarahkan ke tengah kerana di situ Mandzukic perlu bertarung dengan Varane dan Pepe.

ojlaw1

Dengan adanya Ramos, majoriti goal kick Jan Oblak dapat dipatahkan. Mandzukic tak dapat memenangi pertarungan udara di mana-mana! Berdasarkan gambar di bawah, Mandzukic hanya memenangi 3 daripada 8 pertarungan udara sahaja.

ojlaw2

Berbanding Pepe (yang juga pernah diletakkan sebagai midfield), Ramos lebih mahir dari segi teknikal untuk bermain di midfield. Real Madrid dapat merampas bola di kawasan midfield dengan lebih pantas. Dan melajukan transisi serangan ke atas barisan pertahanan Atletico yang sememangnya mempunyai organisasi dan tersusun.

Kesilapan individu menghadiahkan gol

Kesilapan Koke yang gagal mengawal James Rodriguez nyata membawa bencana buat Atletico. Harapan Atletico hanyalah terletak kepada tuah masa tambahan dan penalti selepas Arda Turan dibuang padang pada minit 76′.

ojlaw3

 

8

9

10

Kesimpulan

Pasukan yang akan bertemu Real Madrid di separuh akhir nanti perlu bersedia dengan identiti permainan Real Madrid yang mempunyai transisi laju dan berorientasikan Cristiano Ronaldo.

Meletakkan pertahanan tengah yang mempunyai kemahiran teknikal tinggi bukanlah satu perkara baru dalam dunia taktikal bola sepak. Rafael Benitez pernah melakukannya kepada David Luiz ketika melatih Chelsea dan ianya berkesan jika anda mahu menghalang target man pasukan lawan mendominasi pertarungan udara dan memulakan seranagan mereka.

Baca juga: 5 Sebab Mengapa Real Madrid Bermula Buruk Pada Awal 2015

Sumber: Four Four Two Statszone, Real Madrid TV, Getty Images, Daily Mail UK

LIKE dan FOLLOW SemuanyaBola di Facebook serta Twitter

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN