Analisis Taktikal: Bayern Munich 6-1 Porto

Anda mahukan analisis taktikal Bayern Munich vs Porto, anda dapat.

Bayern Munich membelasah Porto 6-1 dalam perlawanan kedua suku akhir UEFA Champions League, selepas tewas 1-3 pada perlawanan pertama.

Recap perlawanan pertama

Nota editor: Kami menerima banyak permintaan untuk menganalisis taktikal perlawanan pertama antara Porto menentang Bayern Munich, tetapi tak dapat menulisnya kerana kekangan masa.

Jadi kami akan merujuk kepada analisis taktikal daripada blog Zonal Marking ini sebagai rujukan.

Tema utama perlawanan ini adalah kerja pressing (tekanan terhadap pemain) Porto kepada pemain tengah Bayern. Jackson Martinez sentiasa memberi tekanan kepada Xabi Alonso dan Casemeiro kepada Thiago Alcantara. Porto sentiasa mengekalkan bentuk kompak (compact shape) sambil rajin melakukan pressing kepada pemain tengah Bayern.

Bayern yang kehilangan Franck Ribery dan Arjen Robben bergelut untuk mengekang kerajinan Porto melakukan pressing. Berikutan kes kecederaan yang semakin meruncing, Bayern tidak mempunyai pemain sayap untuk dijadikan outlet hantaran daripada pemain tengah Bayern yang kuat dikenakan pressing.

Secara ringkasnya, daripada perlawanan pertama ini:

  • Bayern tidak mempunyai width (keluasan) dalam serangan mereka.
  • Pertahanan Porto perlu diserang dari kawasan sayap untuk Bayern mencipta peluang gol.
  • Bayern perlu melajukan transisi pertahanan ke serangan – elakkan slow build-play dari belakang.

Kesebelasan utama

Bagi Bayern Munich, Pep Guardiola hanya melakukan satu pertukaran dengan Holger Badstuber menggantikan Dante.

Badstuber_1260

Julen Lopetegui kehilangan servis bek kanan dan kirinya, Danilo dan Alex Sandro. Tempat mereka diganti oleh dua pemain yang kebiasaannya bermain di posisi pertahanan tengah, Bruno Martins Indi dan Diego Reyes. Ivan Marcano berpasangan dengan Maicon di pertahanan tengah.

Transisi serangan Bayern lebih laju

Jika dalam perlawanan pertama Bayern bermain mengikut falsafah bola sepak Guardiola yang sebenar (hantaran pendek), perlawanan kedua adalah petanda yang Guardiola juga mempunyai sifat pragmatik dalam taktikalnya.

Setiap kali pemain tengah (dan pertahanan tengah) Bayern memegang bola, mereka segera memindahkan bola kepada pemain di tepi padang. Boateng segera memindahkan bola kepada Rafinha atau Lahm. Badstuber segera memindahkan bola kepada Juan Bernat. Tiada lagi situasi di mana Bayern memulakan aturan serangan melalui Xabi Alonso.

Dalam perlawanan ini mereka memulakan aturan serangan dari kawasan sayap melalui Rafinha, Bernat dan Lahm – kawasan di mana pressing Porto tidak seagresif di tengah.

Lahm sebagai shuttle winger

Apa yang menarik dalam perlawanan ini adalah fungsi Lahm sebagai pemain tengah/pemain sayap atau ‘shuttle winger’ pada separuh masa pertama. Ketika Bayern tidak mempunyai penguasaan bola, Lahm mengambil posisi pemain tengah dalam formasi 4-3-3. Tetapi apabila Bayern memegang bola, Lahm mengambil posisi pemain sayap kanan dan Bayern kelihatan seperti bermain dalam formasi lopsided 4-2-4.

Lihat posisi Lahm (nombor 21) sepanjang separuh masa pertama.

lahm

formation2

defending19

Gol ketiga Bayern adalah contoh terbaik keefektifan taktikal Bayern: fungsi Lahm sebagai shuttle winger dan bagaimana Bayern sentiasa memulakan serangan melalui kawasan sayap.

Bayern lebih direct daripada biasa

Tema utama dalam perlawanan ini adalah Bayern yang kelihatan lebih direct daripada biasa.

Jika dalam perlawanan pertama, Bayern banyak melakukan hantaran pendek di tengah. Tetapi di perlawanan kedua ini, Bayern mengurangkan hantaran pendek dan memperbanyakkan hantaran medium di tengah.

Statistik hantaran panjang, medium dan pendek oleh Bayern Munich pada perlawanan pertama:

bayern1

Statistik hantaran panjang, medium dan pendek oleh Bayern Munich pada perlawanan kedua (perhatikan perbezaan hantaran pendek dengan perlawanan pertama):

bayern2

Porto tidak dapat mengekang kelajuan serangan Bayern apabila mereka mengurangkan hantaran pendek mereka. Strategi pressing mereka tidak menjadi kerana majoriti serangan Bayern bermula dari kawasan sayap.

Baca jugaPengenalan Kepada Taktik Gegenpressing

Separuh masa kedua

Pengurus Porto mengenalpasti bahaya Bayern di kawasan sayap selepas ketinggalan 0-5 pada separuh masa pertama. Lopetegui bertindak balas dengan membuat pertukaran taktikal: mengeluarkan Ricardo Quaresma dan bermain dengan formasi 3-5-1-1.

porto

Jika bahaya Bayern adalah di kawasan sayap, mengapa Lopetegui bermain dengan formasi 3-5-1-1? Bukankah ini akan mencipta situasi 2v1 di sebalah kiri Porto dimana Lahm dan Rafinha boleh bergabung?

Dengan formasi 3-5-1-1, Porto mempunyai 4 pemain tengah berbanding 3 pemain Bayern. Lopetegui mengarahkan setiap pemain tengahnya untuk melakukan man-marking kepada Alonso, Thiago dan Lahm. Strategi ini menjadi kerana Porto berjaya mengurangkan penguasaan bola Bayern daripada 67% pada separuh masa pertama kepada 56% pada separuh masa kedua.

Kesimpulan

Kemenangan Bayern ini menunjukkan Guardiola ada belajar sesuatu daripada kekalahan Bayern kepada Porto tempoh hari. Bayern mengurangkan hantaran oendek, menumpukan serangan daripada bahagian sayap dan yang paling penting – melajukan transisi serangan melalui hantaran medium dari tengah ke bahagian sayap.

Porto bertindak balas pada separuh masa kedua dan bermain dengan lebih bagus, tetapi ianya terlalu lambat buat mereka. Kerosakan sudah pun berlaku apabila separuh masa pertama tamat.

Baca jugaInilah Caranya Pep Guardiola Memotivasikan Pemainnya Ketika Sesi Latihan

 

LIKE dan FOLLOW SemuanyaBola di Facebook serta Twitter

Sumber: UEFA, Daily Mail UK, Getty Images, FCB.tv

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN