Quantcast

BERITA KAJIAN & FAKTA

5 Fakta Menarik: Pertemuan Chelsea & Manchester United

Walaupun beberapa hari telah berlalu, tetapi masih ramai peminat BPL membincangkan tentang pertemuan antara Chelsea dan Manchester United ini. Kami turut teruja untuk menambah beberapa fakta tentang pertemuan ini:

1.  Kali terakhir Manchester United menang ke atas Chelsea ialah pada 28 Oct 2012, dengan berkesudahan 3-2.

M.U Chelsea

2. 17 tahun dahulu, Van Gaal memberi peluang kepada Mourinho untuk menjadi Assistant Manager beliau di Barcelona FC.  Selepas itu, Mourinho berhijrah ke Benfica pada tahun 2000 untuk menjadi Manager buat pertama kali dan terus melangkah ke depan sehinggakan berjaya mengelarkan dirinya ‘The Special One’. Buat masa ini Mourinho telah merangkul hampir 20 piala sepanjang bergelar Pengurus untuk beberapa pasukan . Untuk rekod, ini adalah pertemuan ke 3 antara Mourinho dan Van Gaal sebagai pengurus .

Pertemuan pertama, Champion League Final 2010 antara Bayern Munich dan Inter Milan. Pasukan Mourinho iaitu Inter Milan berjaya mengalahkan Bayern Munich dengan jaringan 2-0. Pertemuan ke-2 ialah sewaktu awal musim BPL di Old Trafford dengan keputusan seri 1-1.

Mourinho & Van Gall

3. Pemain paling tua untuk perlawanan ini ialah Didier Drogba berumur 37 tahun. Manakala, pemain paling muda yang juga menjaga ketat Drogba sepanjang perlawanan ialah Paddy McNair berumur 19 tahun. Star in the making, Paddy McNair telah turun menjadi kesebelasan utama ketika menentang Arsenal, Manchester City & Liverpool. Wayne Rooney turut mempunyai pendapat sama seperti kami “Paddy came up against a very physical player in Didier Drogba and handled him really well.”  Drogba turut tercedera selepas bermain selama 90 minit perlawanan.

Apa yang diperlukan untuk mengilap lagi bakat McNair ? Seorang defend partnership yang mempunyai pengalaman luas selain daripada yang ada di Manchester United sekarang.

<> at Stamford Bridge on April 18, 2015 in London, England.

4.  Manchester United berkunjung ke Stamford Bridge dengan momentum 6 kemenangan berturut-turut. Pemain seperti Rooney, Mata dan paling utama Fellaini yang menjadi watak penting ketika menang 4-2 keatas Manchester City. Oleh itu, Van Gaal akan terus menumpukan kepada aspek serangan meraka, manakala Jose Mourinho akan lebih berhati-hati dalam merangka taktik kerana Chelsea telah kehilangan 2 penyerang utama Costa dan Remy.

Baca: 5 Fakta Menarik Mengenai Chelsea FC. #4 Pasti Buat Rakyat Malaysia Teruja.

“Control their direct football to Marouane Fellaini and control the wingers from making crosses on the inside foot.”  petikan temu ramah Mourinho setelah tamat perlawanan. Di bahagian kanan Chelsea, Oscar ditugaskan untuk sentiasa tracking back Luke Shaw manakala Young akan dikawal oleh Ivanovic. Di bahagian kiri Chelsea, Hazard dilihat sentiasa menjaga Mata dan Valencia dikawal rapi oleh Azpilicueta.

2-banks-of-4

Kurt Zouma merupakan watak utama yang mematikan terus pergerakan Fellaini. Walaupun diletakkan di bahagian tengah bersama Matic tetapi beliau lebih cenderung untuk menjaga kemana sahaja Fellaini pergi berbanding mengawal di bahagian tengah. Untuk 6 perlawanan sebelum ini, Felaini berjaya membuat 10 cubaan tepat ke arah pintu gol lawan tetapi tiada percubaan lansung ketika menentang Chelsea. Klasik Man To Man Marking dari Mourinho, taktik yang negatif tetapi berkesan.

https://www.youtube.com/watch?v=MGYzYuuoE_w

Baca: Kurt Zouma vs John Stones

5. Kedua-dua manager merupakan Master Tactician. Chelsea dengan defensive disciplines manakala United dengan variety of attack. Sepanjang perlawanan kami nampak beberapa formasi digunakan oleh kedua-dua Pengurus. Paling jelas ialah Rooney bertindak sebagai Deep Lying Playmaker setelah cubaan untuk menyerang mengunakan flank gagal. Tugas utama Rooney ialah collect bola dari pertahanan, mencari ruang kosong antara pemain lawan dan menghantar bola with ‘pinpoint accuracy’ supaya mudah dikejar oleh pemain Manchester United. Kami kagum dengan Rooney kerana begitu cemerlang untuk tugas ini, sudah lama Manchester mencari pemain yang mampu menghantar bola seperti itu selepas Paul Scholes bersara.

Walaupun dikatakan United menguasai perlawanan, tetapi hanya 2 percubaan tepat direkodkan oleh United. Chelsea juga turut mempunyai 2 percubaan tepat ke arah gol.

M.U

Chelsea memenangi perlawanan manakala United semakin menunjukkan potensi setelah terumbang-ambing diawal musim. Akan tetapi, terdapat ‘glory hunter’ yang masih tidak dapat menerima kekalahan sehingga berbangga dengan statistik perlawanan terutamanya penguasaan bola oleh Manchester United. Walaubagaimanapun, bola sepak dikira berdasarkan jaringan gol bukanlah beberapa minit anda berjaya mengawal bola di kaki.

LIKE dan FOLLOW SemuanyaBola di Facebook serta Twitter