AFF B-18: Bagaimana Peraturan ‘Head To Head’ Membuatkan Myanmar Ke Separuh Akhir

Berikut merupakan kedudukan terakhir Kumpulan B, Kejohanan AFF B-18 yang sedang berlangsung di Yangon, Myanmar pada ketika ini.

Kedudukan Kumpulan B selepas perlawanan terakhir peringkat kumpulan. Foto: Wikipedia.

Adakah anda perasan, pasukan Myanmar dan Vietnam memiliki jumlah mata, gol dan bolos yang sama? Bagaimana Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) menentukan pasukan yang lebih layak untuk mara ke separuh akhir?

Vietnam pada mulanya cukup selesa untuk layak ke separuh akhir selepas mempamerkan aksi memberangsangkan dalam tiga perlawanan pertama. Mereka menang kesemuanya.

Namun, nasib skuad B-18 mereka ini tak ubah seperti nasib skuad Sukan SEA Vietnam yang cemerlang tetapi tersingkir pada peringkat kumpulan. Kedua-dua pasukan tewas di perlawanan terakhir kumpulan.

Indonesia memintas Vietnam pada perlawanan terakhir Kumpulan B, Sukan SEA 2017.

Dalam Kejohanan AFF B-18 kali ini, Myanmar berjaya mengatasi Vietnam berdasarkan peraturan ‘head to head’ selepas kedua-dua pasukan terikat dengan perbezaan gol dan jaringan gol yang sama.

Barangkali sudah rezeki Myanmar apabila berjaya mengatasi Vietnam dalam aksi terakhir dengan keputusan 2-1. Titik tolak kelayakan adalah pada perlawanan terakhir tersebut, yang akhirnya telah dimanfaatkan Myanmar.

Merujuk kepada laman sesawang La Liga, peraturan ‘head to head’ bermaksud rekod keputusan pertemuan antara kelab-kelab yang berkongsi mata dalam kedudukan liga untuk menentukan kedudukan sebenar kelab tersebut.

Peraturan ‘head to head’ ini tidak diguna secara menyeluruh di seluruh dunia. Malah FIFA dan UEFA juga berbeza pandangan dalam menentukan kedudukan sebenar pasukan jika ianya terikat dalam satu-satu pertandingan.

FIFA dilihat menggunakan peraturan perbezaan jaringan bermula dari Piala Dunia 1970, dan ianya telah diguna dalam semua pertandingan anjurannya. Berbeza pula dengan UEFA yang menggunakan peraturan ‘head to head’.

Untuk liga-liga utama dunia pula, Liga Perdana Inggeris (EPL), Ligue 1 dan Bundesliga menggunapakai peraturan perbezaan jaringan, sementara La Liga dan Serie A mempraktikkan peraturan ‘head to head’.

Peraturan ‘head to head’ ini membantu pengurusan liga ataupun kejohanan dalam menentukan kedudukan setiap kelab dan pasukan dalam liga jika mata terikat antara satu sama lain.

Bahasa mudahnya, peraturan ini lebih kepada untuk menentukan kejuaraan liga ataupun status kelayakan pasukan atau kelab bertanding ke pusingan seterusnya.

Merujuk artikel hasil tulisan Adam White di Football Radar, peraturan ‘head to head’ ini dilihat lebih adil untuk semua pasukan dan kelab, dalam proses penyelesaian penentuan kedudukan sebenar di dalam liga.

Ianya seperti menambah elemen pusingan kalah mati tetapi dalam konsep dan format liga.

Berbalik kepada Kejohanan AFF B-18, Myanmar dijadualkan akan menentang juara Kumpulan A iaitu Malaysia pada 15 September ini, sementara Indonesia akan membuat perhitungan dengan Thailand untuk slot ke final.

Sumber Rujukan:

  1. Stewart Coggin, Thoughtco. (2017): Understanding Spain’s Primera Division
  2. LaLiga (2016): LaLiga and the head-to-head rule
  3. Adam White, Football Radar (2014): GAUGING THE MERITS OF GOAL DIFFERENCE AND HEAD-TO-HEAD

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN