Jawapan Kepada Persoalan, Ancelotti Bakal Ke China Dan Diganti Nagelsmann

Kecoh ketika ini tentang masa depan Ancelotti di Bayern Munich. Sebelum ini Nagelsmann menceritkan betapa bandar Munich menjadi antara kelab yang mempengaruhi karier beliau.

Beliau sebelum ini memberitahu:

“Bandar seperti Munich ini pastinya sangat penting untuk saya. Saya pastinya mahu tinggal di Munich untuk bertahun-tahun lamanya.”

Lantas, ada penganalisis mengaitkan Nagelsmann mungkin akan menggantikan Ancelotti yang dilaporkan mahu pergi ke China dan meninggalkan Bayern Munich.

Nagelsmann nafi bakal ganti Ancelotti!

Julian Nagelsmann memberitahu media dalam sidang media perlawanan Europa, bahawa beliau tidak akan menggantikan Ancelotti dalam masa terdekat ini.

Beliau menganggap media salah tafsiran tentang kenyataan beliau sebelum ini di mana dia memberitahu Munich sebuah bandar yang penting untuk dia dan keluarganya.

Nagelsmann memaksudkan, dari sudut keluarga, pastinya beliau mahu untuk tinggal di Munich kerana mereka ada rumah di sana dan ramai ahli keluarga dan saudara mara beliau di sana.

“Topiknya kini menjadi lebih besar daripada yang saya jangkakan. Malang betul, sidang media itu dilebih-lebihkan. Lebih penting, Ancelotti adalah rakan sejawatan saya yang sangat saya hormati.”

“Dia ada lebih banyak trofi di kabinetnya berbanding dengan seluar dalam saya di dalam almari. Saya terus menghantar teks pesanan kepada Carlo untuk menjelaskan maksud saya yang sebenar, dan isu ini rasanya sudah ditutup.”

“Walaupun saya tidak tinggal di Munich dan menjadi jurulatih Bayern, saya masih lagi manusia yang sentiasa ceria di mana sahaja saya berada. Saya manusia yang sangat gembira!”

Ancelotti ke China?

Beberapa hari yang lalu juga, beberapa media melaporkan mereka mendapat sumber daripada bekas pemain Bayern, Mario Basler bahawa Ancelotti Ancelotti akan ke China pada Januari ini.

Ini sekaligus menjadikan beliau pengurus dengan gaji paling dalam lumayan di planet ini. Basler berkata:

“Beberapa hari lalu, Carlo sudah pun menandatangani pra kontrak dengan sebuah kelab di luar Jerman untuk menyertai mereka musim sejuk nanti.”

“Ancelotti sudah menandatangani pra kontrak dengan kelab yang menawarkan beliau gaji yang sangat besar, ianya di China.”

Ancelotti akhirnya menjawab kenyataan Basler ini dan menafikannya. Beliau tidak akan ke mana-mana Januari ini. Beliau berkata:

“Saya rasa saya hanya perlu bercakap benda yang serius di sini. Bukannya kenyataan daripada Basler, kerana ia satu jenaka.”

“Anda tanyalah Basler sendiri jika anda benar-benar yakin dengan dia.”

“Bagi saya, ianya satu jenaka. Masalahnya sekarang ini, ramai orang semakin tidak dapat membezakan benda serius dan jenaka. Ramai yang mengambil serius benda jenaka seperti itu.”

Sumber

Squawka: http://www.squawka.com/news/nagelsmann-plays-down-talk-of-replacing-ancelotti-as-bayern-boss-he-has-more-trophies-than-i-have-underpants/990820#BW3sUlXCTwtSpSIU.99

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN