Gareth Bale: “Saya Banyak Ambil Ubat Tahan Sakit Untuk Bantu Real Madrid”

Dalam apa saja yang berlaku dalam kehidupan ini, ada saja pengorbanan dilakukan disana sini.

Ia juga tidak terkecuali dalam bola sepak. Dalam bola sepak, ada perkara yang terpaksa dilakukan oleh para pemain untuk terus berkhidmat kepada pasukan.

Mereka melakukan apa sahaja untuk membolehkan diri mereka sentiasa ada untuk dipilih oleh pengurus untuk beraksi buat pasukan mereka.

Itulah yang dilakukan oleh Gareth Bale di Real Madrid.

Sepanjang musim lalu, beliau mendedahkan yang dirinya banyak menghabiskan masa dengan beraksi menerusi sokongan ubat tahan sakit.

Bale nyata tidak tahan untuk melihat rakan-rakan beliau beraksi di atas padang sedangkan beliau terpaksa duduk di bangku simpanan melihat mereka beraksi.

Oleh kerana itulah, beliau memilih untuk mengambil ubat tahan sakit supaya beliau boleh bersama-sama pasukan untuk beraksi bersama.

“Saya mengaku saya banyak ambil ubat tahan sakit untuk bolehkan saya bermain.”

“Saya boleh saja untuk katakan ya untuk berehat selama 3 bulan dengan tenang. Tetapi bila saya lihat rakan-rakan saya beraksi di atas padang, saya pun mahu sertai mereka!”

Namun dek kerana tindakan Bale yang kerap mengambil ubat tahan sakit itu, beliau mahu berhenti dari berbuat demikian dan berehat.

“Kini saya perlu mengambil masa yang lebih lama untuk sembuh dari kecederaan dan beraksi pada tahap yang terbaik dan lakukan segala perkara yang terbatas sewaktu saya cedera.”

Sumber:

  1. MARCA (2017): Gareth Bale: I had to take a lot of painkillers to play; http://www.marca.com/en/football/real-madrid/2017/09/11/59b64dbfe2704e033e8b460f.html

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN