TSAM: “Saya Tidak Akan Bertanding Demi ‘Pencinta’ Bola Sepak Kelantan”

Tan Sri Annuar Musa menegaskan yang beliau tidak akan membuat pusingan U di dalam keputusan beliau untuk tidak bertanding sebagai Presiden KAFA yang akan berlangsung minggu hadapan meskipun ada laporan yang menyatakan nama beliau dicalonkan.

Isnin lalu, Setiausaha Agung Kafa, Datuk Ismail Md Noor mengesahkan Tan Sri Annuar Musa antara calon yang bakal bertanding untuk jawatan Presidn KAFA.

Tan Sri Annuar Musa memberitahu yang inilah masanya untuk penyokong Kelantan mendapat calon baru yang lebih baik daripada beliau untuk memimpin KAFA. Beliau menyatakan hal tersebut di akaun media sosial beliau:

“Difahamkan nama saya masih di calonkan untuk presiden KAFA, dan ada beberapa nama lain.”

Jangan kecewakan ‘pencinta’ bola sepak Kelantan

TSAM juga agak sinis meminta penyokong beliau bahawa, jika beliau naik sebagai Presiden, ia adalah berita yang mengecewakan sekelompok penyokong yang mahukan beliau turun daripada KAFA sebelum ini.

TSAM menggelarkan golongan ini sebagai pencinta bola sepak Kelantan yang selama ini telah berjuang untuk menyingkirkan beliau.

Beliau percaya ada individu yang lebih baik daripada beliau untuk memajukan bola sepak Kelantan selepas ini.

“Usah kecewakan ‘pencinta’ bola sepak Kelantan yang sudah lama berjuang untuk saya tidak memimpin KAFA.”

“Saya tidak perlu bertanding kerana saya yakin ramai yang lain boleh buat lebih baik dari saya. 10 tahun, sudah cukup lama. Dalam 10 masa tahun saya lalui suka duka dan masak dengan pelbagai masalah bola sepak.”

Pengorbanan demi TRW

Dalam status yang sama juga, beliau memberitahu yang beliau telah banya bergolok bergadai demi pasukan Kelantan yang beliau sayangi.

“Tahun ini saya tidak pegang apa-apa jawatan tapi secara sukarela usahakan hampir RM8 juta melaui syarikat rangkaian saya.”

“Saya sehingga digantung dalam MARA kerana bola Kelantan, yang akhirnya saya memilih untuk berhenti daripada MARA susulan beberapa peristiwa di dalam mara.”

“Semua saya redha demi TRW yg saya lahirkan dan saya kendong.”

Harapan agar KAFA bertambah baik

TSAM berharap selepas ini KAFA akan bertambah baik tanpa beliau seperti mana yang diwar-warkan peminat di Facebook dan di platform aplikasi sosial yang lain.

Photo by Hazmin Hussin/ www.asiana.my

“Kini biarlah KAFA tanpa saya. Saya percaya seperti mana juga suara sebahagian mereka yang menulis di Facebook dan ‘group’ WhatsApp masing masing, bahawa KAFA dan bola sepak Kelantan akan lebih bertambah baik dan kuat dengan tokoh baru.”

“Selamat memilih saf pimpinan KAFA yang baru. All the best!”

Apa kata penyokong TRW?

Apa pula kata penyokong TRW, apakah harapan anda untuk KAFA supaya menjadi lebih baik selepas ini?

Setakat ini kami difahamkan ada 4 pencalonan selepas TSAM menarik diri iaitu Datuk Muhammad Nasir Hamzah, Datuk Rosmadi Ismail, Datuk Ir Shaari Hassan dan Bibi Ramjani Ilias Khan.

Siapakah yang anda rasa paling layak?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN