Apakah Sebab Disebalik Perlawanan Suku Akhir Piala Malaysia Dilangsungkan Pada Jumaat & Ahad?

Piala Malaysia 2017

Sejak jadual peringkat suku akhir Piala Malaysia 2017 disiarkan oleh Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP), ramai di kalangan penyokong dan peminat bola sepak tanah air meluahkan rasa tidak puas hati dengan jadual yang disediakan.

Penyokong serta pengikut bola sepak tanah air melahirkan rasa terkilan mereka dengan tarikh pilihan penganjur. Rasa tidak puas hati itu turut diluahkan di media sosial.

Berdasarkan jadual yang dikeluarkan oleh pihak FMLLP, perlawanan Suku Akhir 1 membabitkan 3 perlawanan dan 6 pasukan diadakan pada 15hb September yang jatuh pada hari Jumaat.

Manakala Suku Akhir 2 yang merupakan perlawanan timbal balik diadakan pada 24hb September yang jatuh pada hari Ahad.

Perlawanan-perlawanan yang diadakan pada tarikh tersebut di atas adalah perlawanan yang membabitkan Felda United lwn PKNP FC, Selangor lwn Kedah, dan juga Melaka lwn Johor Darul Ta’zim (JDT).

Manakala satu lagi perlawanan peringkat suku akhir membabitkan pasukan Pahang lwn Perak akan diadakan pada 16hb September (Sabtu) dan perlawanan timbal balik yang diadakan di Ipoh akan berlangsung pada 23 September (Sabtu).

Sumber: FMLLP, Facebook

Beberapa penyokong bola sepak di media sosial mempersoalkan tarikh yang dijadikan pilihan untuk 3 perlawanan yang jatuh pada hari Jumaat dan juga Ahad.

Alasan mereka munasabah. Jumaat adalah hari bekerja. Ia pasti menyukarkan pergerakan mereka untuk menuju ke stadium untuk menghadiri perlawanan.

Manakala untuk perlawanan yang berlangsung pada Ahad, ia akan menyukarkan penyokong bola sepak yang berkunjung ke halaman lawan memandangkan Isnin adalah hari bekerja. Ahad juga bukan pilihan kerana ia adalah hari bekerja bagi negeri seperti Kedah dan juga Johor.

Wakil kami menghubungi pihak FMLLP untuk mendapatkan penjelasan. Jelas penganjur bola sepak tanah air itu punyai alasan tersendiri sebelum menggubal jadual perlawanan tersebut.

Pihak kami difahamkan jadual peringkat suku akhir Piala Malaysia 2017 disusun sebegitu rupa disebabkan pleh permintaan pihak pasukan yang bertanding dan FMLLP tiada halangan untuk itu.

Bagi perlawanan Felda United lwn PKNP FC, permohonan perlawanan adalah untuk diawalkan kerana pasukan PKNP FC terlibat dengan perlawanan 100Plus Liga Premier menentang Negeri Sembilan pada 19hb September (Selasa).

Manakala untuk perlawanan timbal balik di Ipoh, perlawanan PKNP FC lwn Felda United terpaksa berlangsung pada hari Ahad untuk memberi laluan kepada perlawanan di antara Perak lwn Pahang yang akan diadakan pada hari Sabtu.

Bagi perlawanan Selangor lwn Kedah, ianya akan diadakan pada 15hb September (Jumaat) bagi memberi laluan untuk sambutan Hari Malaysia yang akan diadakan pada keesokkan harinya.

Kredit: Pahang FA

Manakala Melaka dikatakan turut membuat permohonan perlawanan untuk diadakan pada tarikh yang sama (Jumaat), mengambil kesempatan penyokong dari Johor untuk berkunjung ke Melaka sempena cuti di negeri tersebut.

Untuk tujuan penyeragaman kesemua perlawanan yang diadakan pada 15hb September (Jumaat) untuk suku akhir pertama, maka perlawanan suku akhir kedua akan diadakan pada 24hb September (Ahad).

Tidak ada perubahan membabitkan perlawanan di antara Pahang dan juga Perak kerana tidak ada sebarang permohonan daripada pihak pengurusan kedua-dua buah persatuan.

Dengan penjelasan ini, kami mengharapkan semua pihak memahami situasi sebenar jadual suku akhir Piala Malaysia 2017. Para penyokong disaran untuk mengatur keperluan cuti dan sebagainya yang berkaitan, terutama untuk perlawanan di gelanggang lawan.

Ayuh kita turun penuhkan stadium!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN