Adakah Mauritania Akan Berjaya Menukar Bendera?

Masih segar mengenai kontroversi bendera sebahagian peserta Sukan Asia Tenggara 2017 tersilap oleh jawatankuasa penganjur.

Bendera merupakan identiti bagi sesebuah organisasi atau kawasan yang berlingkungan dalam sesebuah sempadan. Namun, perubahan bendera merupakan perkara biasa di dunia ini.

Tahukah anda, mana-mana negara anggota FIFA akan memberikan rekaan bendera terkini untuk dikemaskini.

Bagi FIFA, bendera merupakan identiti penting untuk paparan informasi bola sepak selain daripada logo FA negara tersebut.

Kisah Mauritania

Rekaan baru bendera Mauritania yang tular. Sumber: Google Image.

Mauritania contohnya, akan meminda rekaan bendera. Dua jalur merah di atas dan di bawah ditambah pada rekaan sedia ada. Rekaan sebelum ini hanyalah berlatar hijau dan bulan sabit serta bintang pecah lima berwarna kuning.

Referendum telah diadakan pada 5 Ogos lalu bagi memberi peluang kepada rakyatnya bersetuju atau sebaliknya rekaan baru itu. Lebih 80% penduduk negara Afrika itu menyokong perubahan itu.

Ada juga gagal

Rekaan baru bendera New Zealand di sebelah kiri. Sumber: RadioNZ.

New Zealand contohnya gagal mengubah benderanya pada 2016. Pada tahun itu, negara itu telah menawarkan pungutan suara kepada rakyat untuk memilih bendera baru negara Pasifik itu.

Daripada ratusan cadangan, akhirnya ada 5 cadangan telah terpilih. Rakyat diberi mandat memilih rekaan yang terbaik. Akhirnya satu rekaan telah terpilih untuk referendum fasa kedua.

Referendum fasa kedua menyaksikan rekaan asal menerima undian 57% peratus pengundi. Baki 43% pula memihak rekaan baru. Akhirnya, New Zealand kekal menggunakan sebagaimana sekarang.

Perubahan ketara

Berikut merupakan antara negara di dunia yang telah membuat perubahan ketara terhadap benderanya sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Bendera baru Malawi di sebelah kiri. Sumber: World Geo Blog.

Malawi, sebuah negara Afrika menukar bendera pada 2011. Myanmar juga menukar bendera pada 2010. Pertukaran bendera ini telah pun dilakukan oleh banyak badan induk antarabangsa.

Termasuklah FIFA!

 

Bendera baru Myanmar. Pasti ia sudah biasa dilihat kita bukan? Sumber: Facts.co

Sebarang perubahan pada bendera yang diiktiraf bermaksud, pihak FIFA akan melakukan perubahan juga di dalam bendera pasukan mereka.

Rasanya wajar kita diperkenalkan kembali bendera-bendera negara di dunia dalam subjek di sekolah. Bukan apa, ia melibatkan isu sensitiviti masyarakat antarabangsa tambah lagi di zaman segalanya semua informasi pantas menular!

Apa pun, jangan lupa kibarkan Jalur Gemilang! Dan hormatilah juga bendera negara (serta negeri) orang lain!

Sumber:

  1. Washington Post (2017): Mauritania’s president bundles a patriotic flag change with abolishing the senate; https://www.washingtonpost.com/news/worldviews/wp/2017/08/08/mauritanias-president-bundles-a-patriotic-flag-change-with-abolishing-the-senate/?utm_term=.437e6f97b139
  2. Elections Result (2016): Second Referendum on the New Zealand Flag Final Result; http://electionresults.govt.nz/2016_flag_referendum2/

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN