Analisis: 5 Statistik Daripada 200 Gol Liga Wayne Rooney

Wayne Rooney menyertai kelab 200 gol EPL pada awal pagi tadi. Namun kelab itu tidak meriah sangat kerana hanya ada 2 orang sahaja berada di sana, iaitu Alan Shearer dan Rooney.

Itu sudah cukup menunjukkan betapa esklusifnya kelab tersebut.

1. Kelab dan gelanggang kegemaran

Agak ironi apabila kelab utama Alan Shearer, Newcastle United adalah kelab yang paling digemari Rooney untuk menjaringkan gol. Beliau menjaringkan 14 gol ke atas Newcastle setakat ini.

Ini diikuti oleh Aston villa dengan 13 gol. Manakala untuk Everton, Rooney pernah merobek mereka 5 kali.

Jaringan terbanyak Rooney dalam semusim liga adalah pada 2011/12 dengan menjaringkan 27 gol.

Stadium terbanyak menyaksikan gol Rooney adalah Old Trafford dengan 101 gol EPL daripada 200 gol adalah dari sana. 11 di Goodison Park buat masa ini dan 8 di St. James’ Park.

Namun buat masa ini, Manchester United antara kelab yang tidak pernah dibolosi oleh Rooney.

2. Rekod jaringan berdadasarkan minit

Lebih 40 gol Rooney adalah dihasilkan pada 15 minit terakhir. Beliau memecahkan rekod Sir Bobby Charlton musim lalu juga dalam suku tersebut.

Sumber: Telegraph

3. Hatrik

Rooney telah menjaringkan 6 hatrik dalam EPL dan 2 daripadanya adalah menentang Bolton. Selebihnya adalah menentang Portsmouth, Hull, West Ham dam Arsenal.

4. Carta bantuan gol kepada Rooney

Walaupun Cristiano Ronaldo sudah lama meninggalkan Rooney di United, namun pemain tersebut masih kekal sebagai penyumbang ‘assist’ utama dalam karier Rooney.

Ini diikuti oleg Nani. Jangan lupa, jaringan tercantik dalam karier Rooney ketika melakukan sepakan gunting menentang City adalah hasil ‘assist’ dari Nani.

Agak menarik apabila bintang baru United, Anthony Martial berjaya menjadi pemain ke-4 menjadi penyumbang bantuan gol kepada Rooney.

 

5. Cara dan zon menjaringkan gol

Kaki utama Rooney iaitu kaki kanan telah menjadi penyumbang utama gol (tidak mengejutkan). 173 gol Rooney telah dihasilkan dari dalam kotak penalti. 20 daripadanya adalah dari penalti.

Ini bermakna, Rooney melakukan 153 gol dari permainan terbuka di dalam kotak penalti. 7 gol dijaringkan menerusi sepakan percuma  dan 19 lagi adalah dari luar kotak penalti.

Rumusan

Tidak syak lagi, Rooney antara pemain Inggeris terbaik sepanjang zaman. Beliau adalah legenda hidup yang masih beraksi di atas padang.

Dengan menyertai pasukan Everton yang sarat dengan kualiti musim ini, Rooney pastinya masih menjadi antara penyerang yang digeruni di arena domestik.

Ia juga akan membantu Rooney dalam usaha beliau kekal dalam skuad kebangsaan England.

LEGENDA!

Sumber

Telegraph – http://www.telegraph.co.uk/football/2017/08/21/wayne-rooney-scores-200th-premier-league-goal-scored/

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN