EPL Lega Neymar Tidak Sertai Kelab Inggeris, Perlu Bijak Labur Kewangan

Pengerusi Eksekutif Liga Perdana (Premier League), Richard Scudamore bersyukur dengan hakikat Neymar bukan dibeli oleh salah satu kelab yang bersaing di dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pasukan Ligue 1, Paris Saint-Germain (PSG) membelanjakan €222 juta untuk mendapatkan penyerang dari Brazil itu dari Barcelona untuk menghadapi saingan pada musim hadapan.

(Photo by Tom Dulat/Getty Images for Premier League)

Jumlah tersebut telah memperbaharui nilai rekod dunia, lebih dua kali ganda ketika Paul Pogba menyertai Manchester United dari Juventus pada jendela perpindahan musim lalu.

Sebagai perbandingan, Manchester City telah membelanjakan €230 juta untuk beberapa pemain seperti Bernardo Silva, Kyle Walker, Ederson dan juga Benjamin Mendy. Manakala Manchester United telah pun membelanjakan €160 juta hanya untuk 3 pemain.

Rabu lalu Richard Scudamore berkata bahawa beliau tidak bersedih rekod perpindahan yang dipegang oleh Manchester United untuk seseorang pemain, dipecahkan oleh PSG.

(Photo by Robbie Jay Barratt – AMA/Getty Images)

Beliau juga berpendapat nilai tersebut tidak akan dipecahkan sekali lagi oleh mana-mana kelab di Eropah dalam masa terdekat.

“Anda harus mempunyai sebab untuk tidak bersetuju dan berkata tidak untuk nilai sebegitu.”

“Saya gembira nilai tersebut bukan dibayar oleh mana-mana kelab dari EPL,” kata Scudamore.

“Nilai perpindahan ini sangat luar biasa. Pemilik PSG dari Qatar secara tiba-tiba mengambil pendekatan untuk bertindak dan memberi kenyataan melalui perpindahan ini,” jelas Scudamore lagi.

“Tujuan nilai klausa sedemikian diselitkan ke dalam kontrak pemain adalah untuk memastikan mereka tidak pergi.”

“Tetapi urusniaga kali ini telah menguji sejauh mana keberkesanan kontrak. Namun ia tidak membimbangkan saya. Malah saya duduk di sini dengan penuh kelegaan, mengetahui Neymar bukan berpindah ke mana-mana kelab di EPL.”

(Photo credit should read PHILIPPE LOPEZ/AFP/Getty Images)

Richard Scudamore juga dipetik sebagai berkata kepada BBC Radio:

“Saya tidak boleh melihat kemungkinan perpindahan sebegitu terjadi di EPL. Nilai perpindahan terbesar sebelum ini adalah £89 juta untuk Pogba, dan kemudian ia melonjak kepada £200 juta untuk seorang pemain.”

“Mereka (pemilik PSG) membuat satu kenyataan yang besar melalui perpindahan membabitkan Neymar namun saya berpendapat ia tidak mungkin akan berulang.”

Bagaimanapun Richard Scudamore mempertahankan jumlah pelaburan yang dibelanjakan oleh kelab-kelab di Liga Inggeris untuk mendapatkan pemain berdasarkan nilai perolehan yang dijana oleh kelab di EPL.

“Realitinya setiap kelab menerima tekanan untuk berbelanja sedemikian. Penyokong mahukan kelab untuk mendapatkan pemain baharu untuk memantapkan pasukan setiap musim.”

. (Photo by James Baylis – AMA/Getty Images)

“Di EPL, kelab memperolehi pendapatan yang lumayan. Setiap kelab mempunyai aset, terutama melalui hak penyiaran. EPL menarik perhatian dari seluruh dunia untuk itu.”

“Dan ini memberikan keuntungan. Keuntungan tersebut kemudiannya dilaburkan oleh kelab bukan sahaja kepada pemain, malah pelaburan juga dilakukan terhadap kemudahan infrastruktur seperti stadium dan perkara yang memberi kepentingan kepada komuniti.”

“Kami mempunyai peraturan di EPL. Sudah tentu anda tidak boleh berbelanja melebihi kemampuan yang anda miliki.”

Pengurusan kewangan merupakan aspek penting dalam memastikan kelangsungan sesebuah kelab bola sepak di mana-mana peringkat sekali pun.

(Photo by Tottenham Hotspur FC/Tottenham Hotspur FC via Getty Images)

Tottenham Hotspur adalah salah satu contoh pasukan yang mengutamakan fasiliti dengan pembinaan semula White Hart Lane dan menghadkan bajet untuk mendapatkan pemain.

Manchester United juga merupakan salah satu contoh kelab yang mempunyai strategi pemasaran yang hebat untuk memastikan kelangsungan mereka.

Apa yang boleh kita pelajari dari kenyataan Richard Scudamore untuk pasukan-pasukan yang bersaing di Liga Malaysia?

Sumber:

1. ESPN FC (2017): Premier League chief ‘glad’ clubs didn’t spend €222m on Neymar; http://www.espnfc.com/neymar/story/3175977/premier-league-chief-richard-scudamore-glad-neymar-didnt-move-to-england

2. France 24 (2017): Premier League chief doesn’t see Neymar-type move; http://www.france24.com/en/20170809-premier-league-chief-doesnt-see-neymar-type-move

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN