Ken Ilso Menang Anugerah POTM PFAM-Asiana Liga Super Untuk Bulan Julai!

Ken Ilso

Tahniah dan sekalung tahniah!

Penyerang Kedah, Ken Ilso telah pun dipilih sebagai pemenang Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM-Asiana.my bagi Liga Super untuk bulan Julai!

Kedah player (Ken Ilso Larsen) and Pahang pgoalkeeper (Wan Muhammad Azree) in action during Super League match between Kedah FA and Pahang at Darulaman Stadium on 11th February 2017. Photo by Norazmi Ibrahim / www.asiana.my

Beliau yang merupakan antara nadi serangan pasukan Kedah sepanjang musim ini berjaya menewaskan calon-calon lain seperti 2 pemain JDT iaitu Mohammad Ghaddar serta pertahanan yang berprestasi baik ketika ini iaitu Fadhli Shas.

Selain itu, 2 lagi pemain adalah penyerang berbisa FELDA United iaitu Thiago Augusto serta pemain meningkat naik PKNS FC iaitu Aliff Haikal.

Ilso nyata memperoleh undian majoriti dalam perebutan anugerah untuk bulan Julai selepas berjaya memperoleh 74.53% hasil dari 10,662 undian penyokong.

Tempat ke-2 diisi oleh Fadhli yang memperoleh 13.36% menerusi 1,911 undian sementara Ghaddar pula menduduki tempat ke-3 dengan undian sebanyak 5.72% dengan 818 undian.

Thiago pula hanya mampu menduduki tempat ke-4 selepas berjaya memperoleh 4.36% dengan undian sebanyak 624 undian.

Dan tempat terakhir pula milik Aliff yang hanya berjaya mendapatkan 2.03% menerusi 290 undian.

Berikut merupakan ringkasan kepada keputusan anugerah ini untuk bulan Julai:

  1. Ken Ilso (Kedah) – 74.53% (10,622 undian)
  2. Fadhli Shas (JDT) – 13.36% (1,911 undian)
  3. Mohammad Ghaddar (JDT) – 5.72% (818 undian)
  4. Thiago Augusto (FELDA United) – 4.36% (624 undian)
  5. Aliff Haikal (PKNS FC) – 2.03% (290 undian)

Tahniah dan semoga terus cemerlang, Ken Ilso!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN