5 Sebab Kenapa Philippe Coutinho Harus Berhijrah Ke Barcelona

Ketika ini Barcelona sedang giat untuk mendapatkan tandatangan Philippe Coutinho dari Liverpool. Seperti yang kami tulis dalam artikel ini, Countinho merupakan calon paling tepat bagi mengantikan Neymar.

Setakat ini 4 sumber paling berkredibiliti mengenai Liverpool – Paul Joyce (The Times), James Pearce (Liverpool Echo), Mellisa Reddy (koresponden Liverpool untuk Goal UK) & Guillem Ballague (wartawan Sepanyol, penyokong Liverpool & Barcelona) – semuanya menafikan kemungkinan Coutinho berhijrah ke Barcelona.

Semalam Paul Joyce melaporkan berita perpindahan Coutinho ke Barcelona hanya membuatkan pengurusan Liverpool hairan. Ini kerana posisi mereka mengenai isu ini tidak berubah – Countinho takkan dijual walau apa pun harga yang ditawarkan Barcelona.

Coutinho sendiri pun – walaupun meminati Barcelona – telah membuat pendirian untuk menghargai kontrak beliau yang berakhir pada 2022.

Sejak didatangkan dari Inter Milan pada 2013, pemain berusia 25 tahun ini sudah menjaringkan 34 gol dan membantu Liverppool mencatat 75 kemenangan dalam 138 penampilannya bersama Liverpool.

Maka tak hairanlah beliau dicanang-canang sebagai calon paling sesuai untuk menggantikan Neymar. Berikut merupakan 5 sebab lain yang menjelaskan mengapa.

1. Berada di puncak prestasi

(Photo by Julian Finney/Getty Images)

Coutinho telah menjadi inspirasi buat Liverpool sejak didatangkan dari Inter Milan. Puncak penampilan Coutinho pada musim 2016/17. Pemain ini mengukuhkan statusnya sebagai pemain terpenting The Reds.

Pada musim 2016/2017, Coutinho mencatat 13 gol dan 7 assists dalam saingan Premier League.

Selain itu, beliau menyumbang 65 peluang gol dan 38 percubaan tepat kearah gawang lawan untuk Liverpool. Sebanyak 1,402 hantaran dan 126 hantaran lintang berjaya dilakukan Coutinho pada musim lepas.

2. Pemain serba boleh

Mampu ditempatkan di beberapa posisi, Coutinho juga sudah biasa memainkan peranan yang sama seperti Neymar – sayap kiri.

Coutinho memiliki kebolehan magis dan kreativiti yang tinggi. Lincah, mampu menewaskan pertahanan dalam situasi 1v1 dan memiliki teknik yang cemerlang, beliau juga mempunyai kelebihan mengatur pemainan pasukan.

Oleh itu, tidak hairanlah jika Coutinho diberi gelaran The Little Magician oleh peminat Liverpool.

3. Coutinho boleh menjadi konduktor serangan

Credit: John Walton – EMPICS / Contributor
Editoria

Kepergian Neymar ke PSG meninggalkan kesan yang besar dibahagian serangan bagi Barcelona. Sebelum ini, Neymar mencatatkan 91 peluang (purata 3.1 peluang setiap 90 minit) buat Barcelona dalam La Liga 2016/2017.

Jumlah tersebut menjadikan beliau sebagai pemain yang paling banyak mencipta peluang di La Liga pada musim lepas.

Prestasi Coutinho di Liverpool juga tak jauh bezanya. Coutinho berjaya mencipta 65 peluang dalam semua pertandingan pada musim 2016/2017 lepas. Secara puratanya, menurut data dari Sky Sports, Coutinho mencipta 2.6 peluang per 90 minit.

Jumlah tersebut membuatkan Coutinho pemain paling kedua paling kreatif dalam skuad Liverpool di Premier League pada musim lepas.

4. Serasi bersama Luis Suarez

(Photo by Andrew Powell/Liverpool FC via Getty Images)

Barcelona berhasrat mempertemukan kembali Philippe Coutinho dengan Luis Suarez. Kedua-dua pemain ini pernah bekerjasama dengan cemerlang di Liverpool musim 2013/2014.

Pada musim tersebut, Coutinho berjaya membantu Suarez mencetak 31 gol. Ini telah membuatkan Barcelona berminat mendapatkan Luis Suarez pada musim 2014/2015.

5. Coutinho sudah biasa dengan kehidupan di Barcelona

(Photo by Jasper Juinen/Getty Images)

Ketika bersama Inter Milan, Coutinho pernah dipinjamkan ke Espanyol. Beliau pernah menjalani separuh musim sebagai pemain Espanyol pada musim 2011/2012.

Bersama Espanyol, Coutinho tampil memuaskan sebagai pemain pinjaman. Beliau menyumbang 5 gol dalam 16 penampilan.

Walaupun namanya kerap berada dalam bangku simpanan, Coutinho sering dimasukkan pada separuh masa kedua oleh jurulatih Espanyol ketika itu Mauricio Pochettino. Coutinho juga diberi peluang dimasukan pada perlawanan besar menentang Real Madrid dan Barcelona.

Sumber:

1. Paul Joyce (2017). Coutinho a doubt for Liverpool amid bemusement over Barcelona reports. The Times UK. https://www.thetimes.co.uk/article/coutinho-a-doubt-for-liverpool-amid-bemusement-over-barcelona-reports-cvlqmgdmj

2. Melissa Reddy (2017). Liverpool FC have not agreed an £109 million deal with FC Barcelona for Philippe Coutinho, who they maintain is not for sale this summer. Goal UK. http://www.goal.com/en-gb/news/liverpool-have-not-agreed-109m-move-for-philippe-coutinho-to/1n2136r7rjrrf1w9uvfro8iyka

3. Lee Clayton (2017). Liverpool star Philippe Coutinho: ‘I don’t want to play in China or Spain… there is only one club for me’. Daily Mail UK. http://www.dailymail.co.uk/sport/football/article-4165230/Philippe-Coutinho-don-t-want-play-China-Spain.html

4. Nick Wright (2017). Why Barcelona are so keen to sign Liverpool’s Philippe Coutinho. Sky Sports. http://www.skysports.com/football/news/11833/10979733/why-barcelona-are-so-keen-to-sign-liverpools-philippe-coutinho

5. Transfermarkt (2017). Philippe Coutinho – Player Profile. https://www.transfermarkt.com/philippe-coutinho/profil/spieler/80444

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN