Watanya Wongopasi Dan Worrawoot Srimaka Senada Pertahankan Emas Sukan SEA

“Sasaran kami adalah untuk memenangi setiap perlawanan di peringkat kumpulan seterusnya meraih pingat emas,” pengurus skuad lelaki B-23 Thailand, Watanya Wongopasi kepada Bangkok Post.

Skuad B-23 Thailand nyata serius dalam persaingan mempertahankan pingat emas yang dimenangi mereka dua tahun lalu di Singapura.

Menurut Watanya lagi, persediaan rapi telah dilakukan oleh mereka hampir setahun yang lalu dan telah selesai melakukan ulangkaji semua lawan yang bakal dihadapi di Sukan SEA 2017 nanti.

Thailand diundi dalam Kumpulan B bersama Indonesia, Vietnam, Kemboja, Filipina dan Timor Leste.

“Berkemungkinan besar, Vietnam adalah lawan terkuat yang perlu kami hadapi di peringkat kumpulan nanti. Para pemain mereka telah lama bersama dan kami tidak boleh memandang rendah kemampuan mereka,” jelas Watanya lagi.

Watanya turut diberitakan telah mengeluarkan arahan tegas kepada para pemain untuk memberikan sepenuh perhatian kepada persediaan pasukan menjelang aksi pertama menentang Indonesia pada 15 Ogos ini.

Mereka dilarang menggunakan media sosial sepanjang tempoh latihan, namun pihak pengurusan pasukan tidaklah sampai ke tahap akan merampas telefon bimbit para pemain.

“Kami hanya ada lima hari untuk berlatih (sebelum berangkat ke Malaysia), jadi kami mahu para pemain bekerja keras dalam latihan tanpa sebarang gangguan,” ujar Watanya lagi kepada Bangkok Post.

Jurulatih Thailand, Worrawoot Srimaka. Kredit Foto: The Nation.

Selain itu, menurut The Nation, ketua jurulatih Thailand, Worrawoot Srimaka menyatakan beliau yakin skuadnya mampu merpertahankan pingat emas yang dimenangi dua tahun lalu walaupun gagal beraksi baik di dalam kelayakan Kejohanan AFC B-23 yang lalu.

Kegagalan tersebut sememangnya mengecewakan namun Worrawoot menegaskan yang skuadnya telah melupakan episod perit tersebut.

“Kami telah melalui beberapa peristiwa yang tidak diingini. Harapnya sesuatu yang baik bakal berlaku (di Sukan SEA),”

“Tiada sesiapa terjamin akan mendapat tempat dalam pasukan. Semua pemain perlu bekerja keras semasa latihan dijalankan dan ianya juga bergantung kepada tahap latihan dan kecergasan mereka,” jelas jurulatih berusia 45 tahun itu lagi dan menyatakan pemain yang boleh beraksi lebih daripada satu posisi akan menjadi pilihan utama beliau.

Penjaga gawang Chiangrai United, Nont Muangngam juga bersependapat dengan pengurus dan jurulatihnya yang Thailand mampu meraih emas dalam Sukan SEA kali ini. Berkata kepada Bangkok Post, pemain yang pernah beraksi bersama skuad Perancis B-16 ini menyatakan beliau sudah bersedia untuk beraksi jika terpilih dan sasarannya adalah pingat emas.

Menurut Bangkok Post, Nont hampir pasti akan terpilih untuk bersama skuad B-23 Thailand apabila penjaga gawang utama, Rattanai Songsangchan terpaksa menarik diri akibat kecederaan.

Sumber Rujukan:

  1. Tor Chittinand, Bangkok Post (2017): Thailand Aim For Flawless SEA Games; http://www.bangkokpost.com/news/sports/1294567/thailand-aim-for-flawless-sea-games
  2. Tor Chittinand, Bangkok Post (2017): Kingdom Plot Trophy Defence; https://www.bangkokpost.com/news/sports/1302643/kingdom-plot-trophy-defence
  3. Tor Chittinand, Bangkok Post (2017): SEA Games Stars Told To Shun Social Media; http://www.bangkokpost.com/news/sports/1302035/sea-games-stars-told-to-shun-social-media
  4. Lerpong Amsa-nglam, The Nation (2017): We Will Win Gold Again At SEA Games, Says Coach Worrawoot; http://www.nationmultimedia.com/detail/sports/30322412

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN