Willian Dedahkan Pernah Adakan Perbincangan Untuk Sertai Mourinho Di Old Trafford

Willian mendedahkan yang beliau hampir bergabung semula dengan Jose Mourinho di Old Trafford. Ini selepas pemain tersebut bergelut untuk mendapat tempat dalam skuad Antonio Conte.

Jika perkara itu dapat direalisasikan, sudah pastinya Willian lebih awal daripada Matic ke Old Trafford.

Willian dalam dilema untuk mempertimbangkan hal tersebut sebelum beliau memutuskan untuk memberikan komitmen kepada Chelsea dengan menandatangani kontrak lanjutan pada Julai 2016.

Willian gagal menjadi pemain utama dalam skuad Conte, kerana Eden Hazard dan Pedro menjadi pemain utama Conte untuk beraksi bersama-sama dengan Diego Costa pada musim lalu.

Beliau mengakui yang beliau dan ejennya sudah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan Jose Mourinho.

“Ya, ada beberapa sesi perbincangan antara Jose dengan ejen saya. Saya pernah bekerjasama dengan Jose dan beliau adalah kawan baik saya juga.”

“Manchester United ‘datang’ kepada saya dan mereka bercakap dengan ejen saya. Namun tiada apa-apa berlaku selepas itu kerana Chelsea enggan melepaskan saya.”

“Chelsea tidak mahu menjual saya dengan apa jua harga dan mereka tahu yang saya gembira di Chelsea.”

Willian memberitahu perbezaan di antara Conte dan Mourinho.

“Conte dan Mourinho sangat berbeza. Masing-masing ada cara mereka tersendiri. Mourinho seorang jurulatih yang lebih menumpukan latihan dengan bola, penekanan kepada penguasaan bola dan juga bermain hantara pendek.”

“Conte lebih menekankan aspek taktikal dan juga permainan fizikal. Setiap jurulatih ada cara mereka sendiri. Mourinho jurulatih yang hebat dan memenangi trofi ke mana sahaja dia pergi.”

“Conte juga jurulatih yang hebat. Memenangi segalanya di Juventus dan sudah memenangi kejuaraan EPL pada musim pertama di sini. Masing-masing berhak diberikan merit.”

“Conte memang menekankan taktikal dan aspek fizikal. Dia seorang yang sangat rajin. Musim lalu, beliau melakukan transformasi dalam pasukan ini dengan bertukar kepada 3-4-3.”

“Kami berjaya dalam adaptasi kerana sesi latihan yang beliau terapkan berjalan lancar.”

Ditanya, apakah harapan beliau pada masa yang akan datang, Willian berharap beliau dapat memenangi UCL dan Piala Kelab Dunia dengan Chelsea.

Beliau juga mahu menjulang Piala Dunia bersama Brazil. Sama seperti pemain lain, beliau juga mahu menjadi pemain terbaik dunia, suatu hari nanti.

Sumber

Goal – http://www.goal.com/en-gb/news/i-like-mourinho-a-lot-willian-reveals-failed-talks-with/101mhd5m8amp11nqpbt95iybog

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN