MPPJ, Kisah Seekor Labah-Labah Hebat Yang Lumpuh Akibat Mencari Kesempurnaan

Pada 2003, Chelsea memulakan revolusi biru mereka selepas pegambil alihan kelab tersebut dai Roman Abramovich.

Di Malaysia, revolusi biru itu dikaitkan dengan MPPJ FC. Kelab ini bukanlah kelab bola sepak yang baru. Namun mereka kali ini memiliki misi lebih besar iaitu menjadi kuasa bola sepak Malaysia.

Langkah besar mereka ambil selepas menjuarai Liga Selangor pada 1999. Mereka kemudian mara ke divisyen 2 pada 2002.

Kisah luar biasa dalam Piala Malaysia 2003

Kejayaan terbesar MPPJ hadir pada 2003, apabila mereka menjuarai Piala Malaysia buat pertama kali. Mereka menjadi pasukan dengan status kelab pertama yang menjuarai kejohanan tersebut.

Pada awalnya, mereka dijangka akan ‘bungkus’ awal selepas diundi bersama, Selangor, Sabah dan Pulau Pinang. Namun mereka berjaya melepasi peringkat kumpulan ini.

Dalam saingan suku akhir, pasukan yang rata-rata dibarisi pemain bukan bintang dan bintang buangan pasukan lain ini diundi menentang Pahang.

Memang ketika itu, MPPJ bersandarkan duo Arostegui dan Marteloto. MPPJ menang dengan dramatik 3-2 ke atas Pahang hasil jaringan Arostegui minit ke-90.

Di separuh akhir mereka menyingkirkan Perlis. Seruan dibunyikan oleh pasukan Giant Killer ini. Pada final mereka bertemu dengan pasukan yang boleh dikira pakar ke final, Sabah.

Dramatik! MPPJ memulakan cerita dongeng mereka dan menagkhirinya dengan dongeng versi disney iaitu dengan penamat gembira.

Mereka menang ke atas pasukan pilihan Sabah. Sebelum itu, ada ke perlawanan yang MPPJ tidak diletakkan sebagai pasukan bukan pilihan? Tiada!

Ini adalah senarai pemain MPPJ pada 2003:

Skuad MPPJ FC (2003): Abd Rauf Ahmad, Amirul Zain Ismail, Othman Katmon, Jamsari Sabian, Yuzaiman Zahari, Juan Manuel Arostegui, V. Thinagaran, Kamarulzaman Yob Majid, Aslam Najmudden, Mior Mohd Nasir Yusof, Anuar Abu Bakar, Zaidi Zaing, Walter Antahar, Aiman Tan, Bruno Martelotto, K. Nanthakumar, Azrin Shah Zainal dan Fadzly Aziz.

Jurulatih: Dollah Salleh.

Tidak cacat tetapi Mencari kesempurnaan

Selepas mencipta kehebatan, MPPJ mulai teruja dengan segala pujian dan mereka mahu mencari kesempurnaan. Sebelum ini mereka membina pasukan hasil dari gabungan pemain yang berjiwa besar.

Foto – Chedinsphere

Pemain ‘buangan’ dan pemain muda termasuk pelajar-pelajar yang mahu membuktikan potensi mereka kepada bola sepak Malaysia. Penaja datang mencurah-curah. Sokongan dari kiri kanan termasuk dari ahli politik.

Selepas menawan Piala Malaysia, mereka mahu menawan Liga Super 2005. Di siniah projek revolusi biru atau ‘Chelsea Malaysia’ dimulakan.

Ramai pemain bintang ditandatangani dengan tawaran pakej yang ‘non sporting’ clause ataupun non fotballing reason seperti tawaran rumah kedai.

Dengan duit yang banyak, mereka gagal untuk membentuk satu projek jangka panjang. Projek yang ada adalah atas dasar emosi dan terlalu teruja dengan pujian hasil daripada kejayaan meeka.

Akhirnya MPPJ gagal bertahan sebagai entiti pasukan bolasepak yang stagnant di Liga utama. Selepas juara Piala Malaysia mereka menjuarai Piala Sumbangsih pada awal 2004.

Dengan jumlah penyokong (fanbase) yang terhad, pengurusan mereka juga gagal menarik pelabur dalam kapasiti yang lebih besar selepas itu. Pelabur mulai hilang keyakinan dengan projek mereka.

Dalam akaun pasukan mereka pula berhadapan dengan defisit. Jadi, selepas itu mereka berdepan liabiliti yang tinggi. Kelab ini berdepan krisis untuk menampung expenses dengan revenue yang rendah.

Digelar black widow , MPPJ akhirnya akur dan juga melepaskan berberapa pemain bintang mereka dengan banyak sekali kontroversi.

Pemain mengamuk, menagih janji bulan bintang. Daripada berkereta mewah, ada yang kemudiannya hanya berjalan kaki ke pusat latihan.

Perpindahan Dollah Salleh dan pemergian tonggak utama kerana pelbagai isu termasuk tunggakan gaji akhirnya melumpuhkan serta mengurangkan ‘bisa’ kelab ini sebagai kuasa besar bolasepak Malaysia.

Black Widow hilang venomnya, dan seakan-akan lumpuh selepas sebelum ini melumpuhkan lawan mereka.

Apa yang kita dapat pelajari?

Ini mungkin salah satu contoh bahawa, kegagalan mendapatkan more publisiti kerana fokus cuma untuk melabur kepada saiz pasukan dan kejuaraan.

Struktur budget gaji tidak dikawal dengan baik. Apa relevannya memilki pemain bintang yang terlalu ramai dan bergaji puluhan ribu dalam skala terlalu banyak hanya untuk bermain di dalam Liga Malaysia?

Kaji isu keperluan terlebih dahulu. Jika skuad terlalu besar/’oversize’, ia akan membawa kepada pembaziran dalam perbelanjaan. Memang skuad adalah 25 pemain.

Tetapi saiz perlulah atas keperluan. Misalnya ‘depthness’ mengikut posisi dan mengambil kira jumlah kejohanan yang akan disertai dalam semusim

Kenapa Manchester United melepaskan Wayne Rooney dan Ibrahimovic baru baru ini? Kerana mereka tidak mahu ada gaji melampau untuk satu department di dalam pasukan.

Ada yang berkata kepada saya, United tidak melepaskan Ibrahimovic, mereka menawarkan kontrak baru. Tetapi persolannya, adakah United akan kekalkan jumlah gaji Ibrahimovic? Jawapannya tidak!

Sikap tak realisitik dalam pengurusan juga menjadi ‘catalyst’ dalam soal Kestabilan pasukan dari segi dana dan perbelanjaan sama ada secara fix (contoh gaji pemain) dan variable ( kos yg berubah ubah/ tak tentu nilai).

Lembah Klang adalah kawasan yg memiliki penduduk terpadat di Malaysia namun mereka tetap gagal membina ‘fanbase’ yang lebih besar daripada sebelum ini dengan nama nama bintang yang ada dalam pasukan dan juga pencapaian gemilang mereka.

Kenapa? Kerana projek mereka hanya untuk ditayangkan di ‘showroom’ dan mahu orang datang. Tiada usaha lebih keras untuk membina ‘fanbase’ dengan dasar turun padang.

Seterusnya, budaya penyokong Malaysia sendiri yang terlalu kenegerian juga antara faktor masalah ini. Jadi, kelab perlu mencari inisiatif daripada tidak kisah langsung.

Jualan tiket perlawanan terlalu rendah dan sumber pendapatan semakin bernisbah negatif dengan perbelanjaan. Pengurusan kewangan gagal.

Isu terlalu ramai pemain yang datang kerana duit. Menawarkan pemain dengan duit tetapi mengenepikan aspek pembangunan karier pemain.

Berkuburnya era Black Widow

Ia adalah rebranding yang terlalu emosi berbanding rasional dan realistik selepas leka dengan kejayaan.

Dan kini ramai generasi baru cuma tahu MPPJ tu sebagai majlis perbandaran berbanding , satu agensi yang pernah memiliki team bolasepak power yg ada Bruno Martelotto, Manuel Arostegui Abd Rauf Ahmad, Othman Katmon, Jamsari Sabian, Yuzaiman Zahari, dan ramai lagi.

MPPJ menarik diri daripada liga utama pada 2007 dan tahun yang sama digantung pendaftaran oleh FAM kerana pelbagai isu.

Itulah kisah labah-labah yang hebat tetapi tetap mencari kesempurnaan. Akhirnya impuan untuk sempurna itu membuatkan mereka lumpuh.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN