Wenger: “Saya Sudah Tetapkan Yang Sanchez Akan Kekal Di Arsenal”

Nampaknya, Wenger benar-benar mahukan pemain utamanya kekal di Arsenal.

Pengurus Arsenal itu menegaskan yang pemain tersebut akan terus kekal di Arsenal sambil beliau menyifatkan yang pemain tersebut kini sedang fokus untuk kembali ke Arsenal.

Sanchez ketika ini masih lagi bercuti kerana diberi cuti tambahan oleh pihak Arsenal selepas bersama Chile dalam Piala Konfederasi tempoh hari.

“Keputusan saya kini jelas, beliau akan kekal di Arsenal dan beliau perlu menghormatinya.”

“Apa yang saya boleh katakan sekarang yang beliau kini cukup fokus hadapi musim baharu.”

ST ALBANS, ENGLAND – MARCH 07: Arsenal manager Arsene Wenger talks to Alexis Sanchez before a training session at London Colney on March 7, 2016 in St Albans, England. (Photo by Stuart MacFarlane/Arsenal FC via Getty Images)

Wenger dalam masa yang sama menegaskan yang Arsenal benar-benar mahukan Sanchez untuk terus kekal di kelab tersebut untuk beberapa musim lagi.

“Sanchez akan berada di Arsenal pada musim ini.”

“Jika kami berjaya buat beliau kekal di kelab ini untuk beberapa musim lagi, kami akan buat.”

Sanchez kini memasuki tahun terakhir beliau bersama Arsenal jika mengikut pada kontrak semasa. Khidmat beliau ketika ini amatlah dimahukan oleh kelab-kelab di dalam dan juga luar Premier League.

Sumber:

  1. BBC Sport (2017): Alexis Sanchez: Chile forward will respect he is staying at Arsenal – Arsene Wenger; http://www.bbc.com/sport/football/40815417

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN