Senarai 24 Pemain Skuad Kebangsaan Diumumkan, Shahrel Fikri Terima Panggilan Kali Pertama

Skuad 24 pemain untuk pasukan Harimau Malaya telah pun diumumkan dengan beberapa nama menjadi perhatian.

Seperti biasa, pemain dari skuad JDT dan Kedah menguasai skuad yang dikendalikan oleh Nelo Vingada ini.

Panggilan skuad ini adalah untuk 3 perlawanan persahabatan kelas A dan 1 perlawanan kelayakan Piala Asia 2019.

3 perlawanan persahabatan kelas A itu adalah:

  • Menentang Syria (22 Ogos)
  • Menentang Macau (25 Ogos)
  • Menentang Myanmar (29 Ogos)

Perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 yang akan tiba nanti adalah perlawanan menentang Hong Kong pada 5 September di Stadium Hang Jebat.

Skuad 24 pemain ini menyaksikan kemunculan kali pertama penyerang PKNP FC iaitu Shahrel Fikri di skuad kebangsaan.

PKNP Fc player Muhammad Shahrel Fikri celebrate againts Kuantan Fa in FA Cup 2017 match at Stadium Perak,Ipoh on 10 March 2017. Photo by Zulfachri Zulkifli/ www.asiana.my

Beliau merupakan satu-satu pemain Liga Perdana yang dipanggil kali ini.

Selain itu, pemain Pahang Kiko Insa turut dipanggil kali ini.

Berikut merupakan senarai penuh para pemain skuad kebangsaan kali ini:

Penjaga gol

  • Farhan Abu Bakar (Kedah)
  • Khairul Azhan (Selangor)
  • Hafizul Hakim (Perak)

Pertahanan

  • Rizal Ghazali (Kedah)
  • Khairul Helmi Johari (Kedah)
  • Fitri Omar (Kedah)
  • Azrif Nasrulhaq (JDT)
  • Aidil Zafuan (JDT)
  • Fadhli Shas (JDT)
  • Shahrom Kalam (Perak)
  • Nazirul Naim (Perak)

Pemain tengah

  • Baddrol Bakhtiar (Kedah)
  • Syazwan Zainon (Kedah)
  • Akram Mahinan (Kedah)
  • Safiq Rahim (JDT)
  • Amirulhadi Zainal (JDT)
  • Nasir Basharuddin (Perak)
  • Nazrin Nawi (Perak)
  • Kiko Insa (Pahang)
  • Syamim Yahya (Pahang)
  • Wan Zack Haikal (FELDA United)

Penyerang

  • Ahmad Hazwan Bakri (JDT)
  • Dareen Lok (JDT)
  • Shahrel Fikri (PKNP FC)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN