Ini Sebab Kenapa Victor Moses Dan Koscielny Boleh Bermain Perlawanan Perisai Komuniti

FA England memberitahu media bahawa tiada masalah untuk Victor Moses dan Koscielny untuk bermain dalam Perisai Komuniti ataupun Charity Shield (Piala Sumbangsih) yang akan berlangsung Ahad ini.

FA England menerangka kepada ramai yang tidak faham dengan konsep perlawanan perisai komuniti.

Pemenang akan dikira pemenang perisai komuniti dan ia bukannya piala domestik. Ini kerana perlawanan sumbangsih lebih kepada perlawanan ataupun trofi pra-musim .

Ia dalah simbolik menandakan bahawa sepak mula musim sebenar tinggal seminggu sahaja lagi. Musim domestik sebenar bermula pada sepak mula perlawanan pertama liga.

Sebagai contoh, musim lalu, Manchester United dikira memenangi musim ‘double’ dan bukannya ‘treble’ kerana Piala Sumbangsih tidak dikira sebagai piala domestik. Mereka juga tidak disebut memenangi ‘domestic double’ meskipun United memenangi Piala Liga dan juga Perisai Komuniti.

Ada 3 piala domestik kompetitif di England iaitu EPL, Piala Liga dan Piala FA.

Jadi, Moses dan Koscielny tidak ada masalah untuk bermain di dalam perlawanan tersebut meskipun masih ada baki penggantungan domestik daripada musim lalu.

Moses.

Moses dan Koscielny akan mulai menjalani penggantungan dalam perlawanan pertama EPL.

Chelsea tampil dengan status juara EPL 2016/17 manakala Arsenal pula tampil dengan status juara Piala FA 2016/17.

Walaupun ia sekadar perlawanan perisai komuniti, ia tetap perlawanan penting untuk kedua-dua pasukan lebih-lebih lagi 2 pasukan ini adalah pasukan derbi London.

Siapakah yang akan menjulang Perisai Komuniti pada kali ini? Chelsea ataupun Arsenal?

Sumber

Mirrror – http://www.mirror.co.uk/sport/football/news/arsenal-koscielny-chelsea-community-shield-10912161

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN