Kini ia tiba sekali lagi untuk Liga Perdana!
Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM-Asiana.my untuk bulan Julai bagi kategori Liga Perdana sudah pun tiba!
Seperti biasa, 5 pemain menjadi calon dengan 2 pemain dari Kuala Lumpur memasuki senarai!
Dimulakan dengan Paulo Josue yang merupakan pemain Kuala Lumpur.
Untuk rekod, pemain ini menjaringkan 6 gol dari 4 perlawanan pada bulan Julai. Rekod yang baik untuk seorang pemain tengah bukan?
Calon kedua adalah penyerang sensasi PKNP FC iaitu Shahrel Fikri.
Tahap konsisten yang ditunjukkan oleh beliau pada bulan Julai nyata menarik perhatian apabila beliau menjaringkan 4 gol daripada 4 perlawanan.
Seterusnya adalah penyerang berbiasa Kuala Lumpur – Guilherme De Paula.
Rekod penyerang ini pada bulan Julai cukup cemerlang. Beliau bukan sahaja menjaringkan 6 gol untuk pasukannya tetapi menghasilkan 2 bantuan gol dalam misi membawa Kuala Lumpur ke Liga Super.
Calon ke-4 adalah penyerang utama UiTM FC – Akanni Sunday.
Rekod 3 gol dari 4 perlawanan menyaksikan beliau merupakan pemain yang terus menghasilkan gol untuk pasukan UiTM FC.
Calon terakhir adalah pemain Terengganu – Tcheche Kipre.
Kipre berjaya memberikan penyelesaian kepada masalah serangan Terengganu. Hasil dari kehadiran beliau, Terengganu berjaya mempunyai serangan yang cukup tajam pada musim ini.
Jadi siapakah pilihan anda? Undi pemain pilihan anda di sini!