Seorang penyokong bola sepak negara telah meluahkan perasaan beliau mengenai situasi penyokong bola sepak Malaysia.
Mari kita baca pandangan penyokong bernama Faiez ini. Semoga bermanfaat untuk kita semua!
Penyokong bola sepak kita
Ada 2 jenis penyokong bola sepak kita ini.
Satu yang jenis memang benar-benar fanatik dan menyokong secara membuta tuli.
Manakala satu lagi ada jenis melihat secara menyeluruh dan lebih bersikap terbuka.
Mereka yang menyokong pasukan mereka secara membuta tuli ini memang sudah tidak kita nak cakap apa lagi.
Apa yang boleh kita buat adalah kita biarkan sahaja mereka dan lihat sejauh mana tahap dungu mereka itu boleh pergi jauh.
Bak kata orang tua, jangan dilayan kerenah bodoh mereka ini nanti kita pun akan terikut bodoh seperti mereka.
Satu lagi kelompok penyokong adalah mereka yang sokong secara ilmiah dan boleh terima asam garam dalam dalam bola sepak.
Kejadian seperti sesebuah pasukan itu tidak bernasib baik dalam perlawanan atau pasukan yang disokong itu sering kali percubaannya terkena tiang atau palang, pengadil melakukan kesilapan semua tu benda biasa dalam bola sepak.
Hari ni nasib malang itu mungkin kena kepada pasukan yang kita sokong, esok lusa mungkin kena dekat pasukan mereka pula.
Di penghujungnya, gaduh-gaduh juga tapi bila menang kita ucap tahniah kepada yang menang, kepada pasukan yang kalah kita ucap cuba lagi dan semua pulang balik rumah makan nasi seperti biasa.
Benda tak betul kita bincang cuba perbetulkan.
Tapi ada golongan yang kata mereka bersikap profesional tapi perangai macam budak-budak.
Beginilah kalau kita main ‘KU CHI PANG’ dengan kawan kawan kita, kita kenalah bersedia nak kena starlight di dahi kita kalau kita nak starlight dahi orang.
Kalau rasa tak mau kena starlight dahi janganlah bercampur dengan dengan golongan main KU CHI PANG ni.
Kita semua nak tengok kancah bola sepak kita meriah dan budaya ‘membahan’ atau banter itu benda biasa.
Tapi kalau nak ‘bahan’ orang kita kena terima balik jika orang lain ‘bahan’ kita pula.
Kesian golongan yang penyokong yang sentiasa tenang menonton perlawanan bola sepak untuk keseronokan diheret sekali oleh golongan profesional tapi berperangai seperti seorang kanak-kanak – triggered la katakan.
Belajarlah cara menghormati lawan dan kawan kalau hendak dihormati lawan dan kawan.
Salam muhibbah bola sepak. Wallahualam.
p/s: Aku tak pernah meroyan panjang-panjang ni tapi itulah. Benda aku meroyan ni jadi kat penyokong bolasepak UGANDA ni bukan disini, disini semua profesional dan baik-baik saja.