Keputusan Undian Playoff Selangor Champions League 2017

Kempen playoff Selangor Champions League 2017 (SCL2017) kini sudah hampir tiba!

Semalam pihak penganjur iaitu Football Selangor telah membuat undian bagi 3 kumpulan yang akan bertanding pada pusingan playoff.

Dalam peringkat playoff ini, sebanyak 9 pasukan akan berentap sesama sendiri untuk merebut 4 tempat terakhir bagi SCL2017.

Juara bagi setiap kumpulan dan pasukan yang mendapat tempat kedua (dengan mata tertinggi) akan mara ke SCL musim ini.

Berikut adalah keputusan undian playoff SCL2017:

Kumpulan A: Rasta Tigers FC, Condoh Fc, Qharma FC
Kumpulan B: SKJ Sports Club – SKJ SC, AZS FC, SA United Football Club
Kumpulan C: PIB FC, ZXiV FC, FC Serayan

Kredit: Football Selangor

Dan berikut merupakan jadual perlawanan peringkat playoff SCL2017.

Kredit: Football Selangor
Kredit: Football Selangor
Kredit: Football Selangor

Kumpulan mana yang bergelar ‘kumpulan maut’? Dan pasukan mana yang akan menjadi kuda hitam bagi musim ini?

Saksikan perlawanan playoff SCL2017 yang akan berlangsung di Padang Sintetik, Akademi Merah Kuning, Puncak Alam pada 5, 12 dan 19 Ogos ini pada jam 3pm sehingga 7pm.

Kami ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pasukan yang bertanding. Jumpa anda di sana!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN