Dr Sheikh Muszaphar Dedahkan Mahu Tonton Aksi Man United Dari Planet Marikh

Masihkah anda ingat dengan Dr Sheikh Muszaphar? Individu yang menjadi rakyat Malaysia yang pertama ke angkasa lepas.

Beliau merupakan seorang peminat Manchester United dan beliau sangat meminati kelab tersebut.

Baru-baru ini, Sheikh Muszaphar berkesempatan bercakap dengan kelab tersebut mengenai perkembangan baharunya.

Dalam temuramah itu, beliau mendedahkan beliau sangat gembira dapat menonton aksi Manchester United di Old Trafford pada musim lalu ketika perlawanan menentang Liverpool.

“Untuk menikmati suasana bola sepak yang menarik di Old Trafford, ia merupakan satu perkara yang tak dapat dilupakan.”

“Jantung saya hampir gugur apabila Zlatan Ibrahimovic menjaringkan gol penyamaan di minit akhir perlawanan.”

Dr Sheikh Muszaphar memberitahu yang projek angkasa lepas beliau selepas ini akan dilaksana pada 10 tahun akan datang tahun 2027.

Projek yang cukup hebat tersebut adalah dengan misi ke planet Marikh.

Ia bertujuan untuk mencari sama ada benarkah wujudnya hidupan di planet tersebut.

“Kami akan ke Marikh dalam tahun 2027 untuk mencari sama ada benarkan wujudnya hidupan di planet tersebut.”

“Ia memerlukan 6 bulan dalam segenap urusan. 6 bulan untuk ke sana, 6 bulan untuk tinggal di planet tersebut dan 6 bulan untuk pulang semula ke bumi.”

Dalam pada itu, demi tidak terlepas aksi Manchester United di angkasa lepas, Dr Sheikh Muszaphar mempunyai impian besar agar teknologi pada 2027 sudah membolehkan beliau menonton perlawanan bola sepak dari planet lain!

“Jika tahap teknologi pada 2027 sudah berada di tahap yang lebih tinggi, tidak salah untuk saya bercita-cita untuk menonton aksi bola sepak dari planet Marikh.”

Sumber: 

  1. Manchester United (2017): Will This Man Be Watching United From Mars?; http://www.manutd.com/en/Fanzone/News-And-Blogs/2017/Jul/could-this-astronaut-be-watching-manchester-united-on-mars.aspx?newsid=E418006E-69F2-408F-8685-3961F6D630CD

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN