Arsenal Berjaya Dapatkan Khidmat Alexandre Lacazette, Ikat Kontrak 5 Tahun

Selepas beberapa kali jendela perpindahan dikaitkan untuk bersama, akhirnya Arsenal dan Alexandre Lacazette disatukan.

Arsenal berjaya mendapatkan penyerang utama Perancis itu dari Olympique Lyonnais dengan nilai £52.6 juta.

Ia merupakan rekod baharu perpindahan tertinggi di Arsenal apabila sebelum ini rekod itu dipegang oleh Mesut Ozil dengan jumlah perpindahan £42.4 juta.

Dengan terpaterinya perpindahan ini, Lacazette menyertai Arsenal dengan mengikat kontrak selama 5 tahun.

Gambar: Arsenal

Ia merupakan perpindahan kedua yang berjaya dilakukan oleh Arsenal selepas mereka berjaya mendapatkan khidmat pertahanan kiri terbaik Bundesliga pada musim lalu iaitu Sead Kolasinac.

Pengurus Arsenal Arsene Wenger nyata gembira dengan perpindahan yang berjaya direalisasikan oleh kelab itu.

“Kami sangat gembira apabila berjaya mendapatkan khidmat Lacazette.”

“Beliau telah membuktikan yang beliau merupakan antara pemain yang mempunyai kualiti penyudah yang cukup tajam untuk bertahun lamanya.”

Lacazette menjaringkan 28 gol untuk Olympique Lyonnais pada musim lalu – pemain kedua terbaik dari segi jaringan gol di belakang Edison Cavani dengan 35 gol.

Beliau dijangka akan menyertai jelajah pra-musim Arsenal di Australia sebelum perlawanan bertemu Bayern Munich di China.

Selamat datang Alexandre Lacazette ke Arsenal. Semoga berjaya!

Jadi, #WengerIn ?

Sumber:

  1. BBC Sport (2017): Alexandre Lacazette joins Arsenal for club record £46.5m from Lyon; http://www.bbc.com/sport/football/40496970

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN