Bekas penyerang Chelsea dan Liverpool, Fabio Borini sah menyertai AC Milan dari Sunderland. Perpindahan beliau adalah secara pinjaman dengan opsyen untuk pembelian penuh.
Berita tersebut disahkan menerusi facebook live. Perjanjian pinjaman ini berharga sekitar €6 juta. Borini adalah pemain ke-5 ditandatangani oleh AC Milan selepas Andre Silva, Ricardo Rodriguez, Mateo Musacchio dan Franck Kessie.
Berita ini agak mengejutkan ramai pihak. Ini kerana Borini pada musim lalu gagal untuk menjadi pemain utama dalam skuad Sunderland yang tersingkir ke Liga Championship.
Tiada siapa yang menyangka AC Milan berminat untuk mendapatkan Borini. Musim lalu, Milan juga mendapatkan pemain dari EPL untuk pinjaman iautu Gerard Deulofeu dari Everton.
Borini menyertai Sunderland pada 2015 dari Liverpool selepas menamatkan tempoh pinjaman di Stadium of Light. Borini hanya ada 1 kaps untuk Itali.
Persoalannya, mampukah Borini mengikut jejak langkah Suso yang berjaya meningkatkan prestasi beliau ketika di AC Milan?
Selepas ini, AC Milan dikatakan akan meneruskan usaha untuk mendapatkan beberapa pemain lagi. Antaranya, Andrea Conti dan perancang tengah Bayer Leverkusen, Hakan Calhanoglu.
Pandangan penulis
Ini mungkin lebih kepada pelan untuk menambahkan kekuatan skuad terutama sekali di barisan simpanan. Pada masa yang sama AC Milan berharap pemain ini dapat meningkatkan prestasi beliau di dalam pasukan AC Milan.
Montella sebelum ini berjaya menaikkan prestasi beberapa pemain muda dan pemain yang dianggap kurang kualiti. Fabio Borini baru berusia 24 tahun.