Pedro Kecewa Dengan La Masia, Anggap Falsafah Akademi Tidak Seperti Dulu

Pedro Rodriguez merupakan antara produk yang hadir daripada akademi La Masia dari Barcelona yang terkenal.

Akademi tersebut merupakan antara akademi yang terbaik di dunia dalam melahirkan pemain-pemain berkaliber selain akademi di Ajax Amsterdam.

Namun begitu disebalik kehebatan La Masia, Pedro meluahkan rasa kecewa terhadap akademi tersebut.

Hal ini kerana bagi beliau, produk La Masia tidak lagi diberikan peluang untuk bermain dengan pasukan utam seperti yang sering dilakukan oleh Barcelona untuk bertahun lamanya.

“Barcelona kini sudah hilang falsafahnya.”

“Dahulu kita boleh saksikan Barcelona menggunakan kesemua 11 pemain dari produk La Masia, kini tidak lagi dan ia satu perkara yang memalukan.”

Pada pandangan Pedro, beliau merasakan yang La Masia dan Barcelona kini lebih rela melihat para pemain mereka keluar dari akademi mereka dan pergi menyertai kelab lain berbanding bermain untuk pasukan utama Barcelona.

“Ramai pemain terpaksa tinggalkan Barcelona untuk pastikan mereka ada tempat untuk bermain.”

“Pada pandangan kasar, ia bukanlah satu perkara yang baik untuk kita lihat tapi sebenarnya inilah perkara yang dilalui oleh kelab.”

Sumber:

  1. Cadenaser (2017): Pedrito: “El Barça está perdiendo su filosofía de cantera”; http://cadenaser.com/programa/2017/06/28/el_larguero/1498676945_724290.html

Leave a Reply