FAM Seru Semua Pihak Beri Masa Dan Kepercayaan Kepada Skuad Kebangsaan

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato’ Hamidin menyeru agar penyokong memberi masa dan kepercayaan kepada DYAM Tunku Ismail dan Nelo Vingada untuk memperbaiki prestasi skuad kebangsaan.

Kenyataan tersebut disiarkan di laman web badan bola sepak negara dalam satu entri pada awal pagi tadi.

Menurut Dato’ Hamidin adalah tidak wajar untuk meletakkan kekalahan 2-1 kepada Lubnan dalam perlawanan Kelayakkan Pusingan Akhir Piala Asia ke atas Presiden FAM dan juga jurulatih yang baru sahaja menyertai kem pasukan kebangsaan.

Ini adalah kerana DYAM Tunku Ismail baru sahaja menjawat jawatan tertinggi FAM untuk tempoh 83 hari. Malah Nelo Vingada hanya memulakan tugas sebagai jurulatih 3 minggu yang lalu.

Meletakkan kesalahan kepada Presiden FAM dan juga ketua jurulatih hanya selepas satu perlawanan adalah sesuatu yang tidak wajar.

Bagaimanapun, Dato’ Hamidin mahu penyokong untuk melihat aspek postif lain yang dibawa oleh Tunku Ismail sejak baginda memegang tampuk pengurusan tertinggi bola sepak negara.

“Banyak perkara positif serta pembaharuan lain yang telah dilakukan oleh Tunku Ismail dalam tempoh hampir 3 bulan pertama ini bagi merevolusikan FAM.”

“Ia seperti telah dilupakan begitu saja hanya semata-sama keghairahan pihak tertentu yang mahu menjadikan kekalahan kepada Lebanon tempoh hari sebagai sasaran untuk menuding jari kepada Tunku Ismail dan juga Vingada yang baru dilantik bagi mengemudi skuad Harimau Malaya.”

Antara pembaharuan yang telah dibawa oleh Tunku Ismail walaupun baru sahaja dilantik sebagai Presiden FAM 3 bulan yang lalu ialah menyusun semula sistem organisasi persatuan supaya lebih efektif.

Baginda juga berusaha menggunakan wang poket baginda sendiri untuk membawa masuk seorang jurulatih berpengalaman dan berprofil tinggi dari luar negara iaitu Vingada.

Photo by Kamarul Akhir / www.asiana.my

Baginda turut mengadakan mesyuarat exco di setiap negeri bermula di Sabah bagi mendekatkan hubungan FAM dan ahli-ahli gabungan. Malah sesi dialog bersama penyokong bagi mendengar segala permasalahan bola sepak mereka turut diadakan.

Ini adalah satu perkara yang tidak pernah dilakukan dalam sejarah bola sepak negara, tegas Dato’ Hamidin.

Selain itu, Tunku Ismail turut memastikan kemudahan termoden untuk kegunaan latihan skuad Harimau Malaya dan terbaharu tersedia.

Sebelum perlawnan menentang Lebanon, Baginda turut mengurniakan sebuah bas baharu bagi kegunaan skuad Harimau Malaya. Dato’ Hamidin menjamin akan ada banyak lagi usaha pembaharuan daripada baginda akan menyusul selepas ini.

Beliau menyeru agar semua pihak (media, penyokong dan peminat) supaya sama-sama memberikan sokongan tidak berbelah bahagi dan sentiasa positif serta sabar untuk menunggu hasil hasil usaha Tunku Ismail dan FAM.

Di sebalik segala kecaman yang diterima oleh Tunku Ismail dan juga Nelo Vingada sejak kekalahan itu, Dato’ Hamidin yakin masih ramai rakyat Malaysia yang berada di belakang masih menyokong kepimpinan Baginda.

“Beri Tunku Ismail dan juga Vingada masa membentuk skuad Harimau Malaya untuk menjadi lebih mantap dari semasa ke semasa yang mana saya yakin kita akan menikmati hasilnya dalam tempoh setahun dua ini,” ujar Dato’ Hamidin menutup kenyataan tersebut.

Sumber:

1. Football Association of Malaysia, fam.org.my (2017), BERI MASA & PERCAYA KEPADA TUNKU ISMAIL, VINGADA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN