Skuad Harimau Malaya Dikurniakan Bas Rasmi Oleh DYAM TMJ

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebentar tadi mengumumkan bahawa skuad Harimau Malaya akan memperolehi sebuah bas rasmi untuk kegunaan pasukan itu.

Pengumuman tersebut dilakukan oleh Timbalan Presiden FAM 1, Datuk Seri Subahan Kamal melalui akaun Facebook rasmi badan induk bola sepak negara itu.

Subahan Kamal

Menurut Subahan, bas rasmi skuad Harimau Malaya berkenaan dikurniakan oleh  DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia.

Bas tersebut akan digunakan oleh skuad kebangsaan untuk menghadiri perlawanan-perlawanan pada masa akan datang.

Bagaimanapun, tiada tempoh yang dinyatakan oleh Datuk Subahan Kamal, bilakah pasukan negara akan memperoleh bas berkenaan.

Pemberian kemudahan pengangkutan bukanlah perkara asing di dalam bola sepak di bawah pengurusan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

Kredit: JOHOR Southern Tigers.

Ketika memegang jawatan Presiden Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Baginda turut berkenan menganugerahkan bas untuk kegunaan dan kemudahan pasukan menghadiri perlawanan.

Kecenderungan untuk kelab JOHOR Darul Ta’zim (JDT) untuk beraksi di Piala AFC turut mendorong Baginda mengaruniakan sebuah kapal terbang untuk kegunaan pasukan.

Kredit: JOHOR Southern Tigers

Siapa tahu? Mungkinkah skuad Harimau Malaya turut akan memiliki fasiliti kapal terbang sendiri satu masa nanti? Kenapa tidak jika pasukan kebangsaan kita tampil semakin maju di pentas antarabangsa.

Tidak mustahil ada pihak atau syarikat penerbangan antarabangsa dan dalam negara akan tampil untuk menjadi penaja dalam penyediaan kemudahan pengangkutan kapal terbang untuk skuad negara.

Mungkinkah pihak Malaysia Airline System (MAS) atau pun Air Asia boleh mulai berkira-kira untuk tampil sebagai penaja rasmi kemudahan pengangkutan udara skuad Harimau Malaya?

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN