KAFA Hantar Penyata Kewangan, Perjelas Isu Pembelian Dan Gaji

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) nyata bertegas bahawa mereka tidak melanggar sebarang salah laku yang ditetapkan oleh Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP).

Petang tadi Berita Harian melaporkan bahawa pihak pengurusan KAFA akan menghantar penyata kewangan kepada badan penganjur Liga Malaysia berkenaan.

Ia bertujuan untuk untuk membuang segala prasangka buruk dan tidak menimbulkan prejudis daripada pihak lain.

Setiausaha KAFA, Datuk Ismail Md Noor.

Setiausaha KAFA, Datuk Ismail Md Noor menegaskan KAFA sentiasa mengikut garis panduan dan arahan yang dikeluarkan oleh FMLLP, termasuk urusan pengantian pemain import baharu.

“Saya ingin memaklumkan bahawa KAFA juga sudah melangsaikan bayaran gaji pemain Liga Super untuk bulan April yang menelan kos melebihi RM640,000.”

“Manakala bayaran pendahuluan pemain import baharu Abou Bakr Al Mel atau Bako dan yuran ejen pula melebihi RM300,000. Ini tidak termasuk bayaran tunggakan gaji bekas import Obinna Nwaneri dan Morgaro Gomis hampir RM50,000, yang sudah dijelaskan.”

“Saya dedahkan kepada umum perkara ini, supaya semua pihak boleh memahami dengan tepat mengenai isu terbabit dan suatu perincian penyata rasmi akan dihantar segera kepada FMLLP dan salinan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk dinilai dan diadili tanpa sebarang syak wasangka dan prejudis,” jelas beliau kepada wartawan Berita Harian.

Kredit: FourthOfficial

Datuk Ismail Md Noor turut menjelaskan urusan membawa masuk Bako ke Kelantan juga tidak melebihi kos pembiayaan Ghaddar.

Ini termasuklah kos pembiayaan untuk gaji bulanan dan bayaran-bayaran lain yang berkaitan untuk memastikan bintang Lubnan itu beraksi bersama The Red Warriors.

Garis panduang yang diikuti oleh pihak KAFA tersebut menyebabkan pihak FMLLP tiada halangan untuk pendaftaran Abou Bakr Al-Mel pada jendela perpindahan kedua kali ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN