Chelsea akan meminta pampasan melebihi angka £10 juta sebagai pampasan dari Liverpool untuk penyerang yang mempunyai prospek besar, Dominic Solanke.
Jumlah pampasan itu dikatakan meningkat selepas penyerang muda berusia 19 tahun itu beraksi cemerlang di Kejohanan Piala Dunia Bawah-20 di Korea Selatan baru-baru ini.
Solanke sudah bersetuju untuk menyertai Liverpool.
Tetapi peraturan membabitkan pemain dari tempat sendiri yang di bawah usia 24 tahun menetapkan kelab asal boleh meletakkan tambahan harga yang lebih besar walaupun sudah tidak mempunyai kontrak bersama kelab asal.
Buat masa ini, persetujuan masih jauh daripada tercapai di antara Chelsea dan Liverpool membabitkan harga yang wajar untuk Solanke.
Chelsea menolak tawaran Liverpool pada harga £3 juta, jauh daripada nilai yang diharapkan oleh hierarki di Stamford Bridge.
Seandainya tidak ada persetujuan dapat dicapai di antara kedua-dua kelab ini, maka penyelesaian di tribunal akan menjadi jalan penyelesaian terakhir.
Chelsea pada asalnya menilai perpindahan Solanke pada harga £8 juta. Bagaimanapun kecemerlangan Solanke dalam kejohanan Piala Dunia B-20 memain peranan untuk harga itu naik melebihi nilai £10 juta.
Dominic Solanke adalah penjaring kedua terbanyak di kejohanan yang baru sahaja tamat di Korea Selatan pada hujung minggu yang lalu.
4 gol jaringan Solanke memastikan England muncul sebagai pemenang kejohanan tersebut setelah pasukan ‘Three Lions’ tidak pernah memenangi apa-apa di pentas antarabangsa sejak lebih 50 tahun yang lalu.
Solanke juga turut memenangi anugerah Bola Emas sebagai pemain terbaik kejohanan meletakkan beliau sebaris dengan Paul Pogba, Lionel Messi, Sergio Aguero, Diego Maradona dan ramai lagi sebagai pemenang edisi terdahulu.
Englang muncul juara kejohanan Piala Dunia B-20 selepas menewaskan Venezuela 1-0 dalam aksi final pada Ahad lalu.
Potensi seseorang pemain untuk menjadi sorang bintang satu hari nanti adalah antara faktor yang digunapakai oleh pihak tribunal untuk menentukan harga seseorang pemain.
Sumber:
Simon Johnson, EveningStandard (2017), Chelsea to demand over £10m from Liverpool for Dominic Solanke; http://www.standard.co.uk/sport/football/chelsea-to-demand-over-10m-from-liverpool-for-dominic-solanke-a3564481.html